Thursday 13 March 2014

#MH370 - PENGURUS IT DARI CHICAGO DAPAT MENGESAN OBJEK DIPERCAYAI PESAWAT MH370 ???


Seorang pengurus IT mendakwa telah dapat mengesan satu objek dipercayai pesawat #MH370 milik penerbangan Malaysia dengan hanya menggunakan carian gambar satelit beresolusi tinggi di Internet.


Mike Seberger, 47, dari Chicago, Amerika Syarikat merupakan salah seorang daripada individu yang tertarik dengan misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200ER  MH370 yang membawa 239 penumpang sejak Sabtu lalu.

Berdasarkan imej dikesan Seberger, objek menyerupai bentuk pesawat tersebut dikatakan berada di Perairan Thailand, berhampiran Laut China Selatan


Sekiranya penemuan Seberger yang hanya menggunakan internet ini benar, maka ia telah mengakhiri pencarian besar-besaran melibatkan aset canggih termasuk 42 kapal dan 39 pesawat daripada 12 negara dunia.

Imej ini berjaya diperolehi Seberger selepas dia memasuki laman web Tomnod sehari selepas MH370 dilaporkan hilang lalu memuatnaik imej satelit 1,000 kaki perbatu di kawasan terlibat.

Malaysia Airlines Flight MH370 search map

Sekitar setengah juga sukarelawan turut melakukan tindakan sama seperti Seberger pada hari pertama kehilangan MH370 hingga laman web tersebut tergendala sebentar gara-gara trafik yang terlalu tinggi.

Walaupun kaedah ini mungkin tidak secanggih sistem radar tentera, ia tidak boleh dipandang enteng kerana carian gambar satelit menggunakan internet yang dirakam pada jarak 400 batu dari atas mukabumi ini boleh mengesan objek meski pun sekecil kotak penalti di atas padang bola.

Detail : http://www.mirror.co.uk/news/world-news/missing-malaysia-airlines-flight-manager-3235818#ixzz2vngE2Cp1



No comments: