Thursday 13 March 2014

#DIMANAMH370 - PESAWAT MH370 BERLEGAR-LEGAR DI UDARA 4 JAM SELEPAS HILANG DARI RADAR - WSJ



KUALA LUMPUR : Pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas berkemungkinan terbang selama empat jam daripada lokasi dan waktu terakhir ia dikesan.

Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ), penyiasat penerbangan dan para pegawai keselamatan percaya pesawat itu berada di udara untuk jumlah masa lima jam termasuk sejam daripada lokasi terakhir ia berlepas. Ia berdasarkan data yang dimuat turun secara automatik dan dihantar oleh enjin pesawat Boeing 777 itu.

Ia adalah sebahagian daripada program peyelenggaraan dan pemantauan rutin syarikat itu.

Masa penerbangan sebanyak lima jam selepas berlepas dari Kuala Lumpur bererti pesawat itu mampu terbang dengan jarak tambahan kira-kira 2,200 batu nautika . Ia boleh terbang sehingga  Lautan Hindi, sempadan Pakistan atau Lautan Arab , berganttung kepada kelajuan pesawat tersebut.

WSJ turut mengesahkan bahawa juruterbang boleh mematikan transponder, iaitu alat yang memancarkan isyarat pergerakan pesawat.

Laporan itu berkata pihak penyiasat keganasan Amerika Syarikat sedang menyiasat kemungkinan juruterbang pesawat itu atau individu lain yang berada di atas pesawat itu mematikan transponder untuk mengelakkan radar pesawat itu dikesan.

Setakat ini, pegawai keselamatan Amerika Syarikat berkata tiada petunjuk bahawa kejadian itu ada kaitan dengan keganasan walupun mereka tidak mengenepikan kemungkinan itu.

Walaubagaimanapun, persoalan ke manakah pesawat itu menghala dan mengapa ia terbang untuk waktu yang lama tanpa menghidupkan transponder, telah menyebabkan pelbagai teori dikemukakan oleh para penyiasat.

Seorang pegawai yang terlibat dengan penyiasatan itu berkata salah satu teori yang disiasat ialah kemungkinan pesawat itu dialihkan "dengan niat untuk menggunakan pesawat itu kemudian, untuk satu tujuan yang lain.

Sistem pemantauan enjin pada pesawat itu dibekalkan oleh pembuat enjin, Rolls Royce yang secara berkala akan menghantar maklumat berhubung  keadaan enjin, operasi dan pergerakan pesawat serta kemudahan di darat.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelenggaraannya, Penerbangan Malaysia menghantar data enjin secara langsung untuk dianalisa oleh Rolls -Royce.

Sistem ini mengumpul data dari dalam pesawat  777 dengan prestasi enjin berkembar Trent 800 itu.

Menurut laman web Rolls -Royce, data tersebut diproses secara automatik "supaya perubahan kecil pun  boleh dikesan. "

Data enjin tersebut sedang dianalisa untuk membantu menentukan laluan penerbangan pesawat selepas transponder berhenti berfungsi.

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang, jam 2.40 pagi pada 8 Mac lalu.

Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut.

No comments: