Thursday 13 March 2014

#MENCARIMH370 - PASUKAN PENYELAMAT CHINA TEMUI OBJEK DARI PESAWAT MH370 ???


Pasukan penyelamat China menemui objek terapung di permukaan laut, yang disyaki dari pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.  Laporan agensi berita Xinhua menyebut, ditemui di satu kedudukan mungkin menjadi lokasi kehilangan pesawat tersebut, pada Sabtu.

Xinhua pagi ini menyiarkan gambar pasukan penyelamat sedang memungut satu objek berwarna oren dari permukaan laut.

Setakat ini belum disahkan sekiranya objek berkenaan dari MH370. Sejak beberapa hari lalu, beberapa objek yang ditemui didapati bukan dari pesawat tersebut.

No comments: