Monday, 17 February 2014

KEBIADAPAN PEMANDU KERETA VS PEMANDU BAS


Alkisahnya di pusat membeli-belah Tampines One, Singapura, satu perang mulut telah berlaku antara penumpang sebuah kereta Mitsubishi Lancer dan pemandu bas.


Menerusi info pada video tersebut, kereta tersebut telah meletak kereta di laluan yang tidak sepatutnya hingga menghalang laluan sebuah bas.

Dalam pertengkaran itu, penumpang kereta tersebut dilihat memandang rendah kepada pekerjaan pemandu bas melalui dialog balas antara mereka;

Penumpang kereta: No wonder you’re bus driver. Cannot find a proper job! (Patutlah awak pemandu bas. Tak dapat cari kerja bagus!)

Pemandu bas: Bus driver earn more than you lah! (Pemandu bas dapat (gaji) lebih banyak daripada awaklah!)

Penumpang kereta: Ah, please lah. You earn how much? I got car, you got what? Bus lah! (Ah, tolonglah. Berapa awak dapat? Saya ada kereta, awak ada apa? Bus lah!)

Sombongnya! Baru pakai kereta mahal sikit dah berlagak ya. Dia yang salah letak kereta ikut suka ati, senang-senang nak marah orang lain pulak..!!! Kalau pakai  Jaguar, Ferarri dsb..... mungkin tahap kesombongannya melantun-lantun tingginya !!!

No comments: