Monday, 17 February 2014

ANWAR KATA UMNO JAHAT.... SEDANGKAN DIRINYA UMPAMA SYAITAN !!!


"Umno memang jahat mereka menghalang kamu daripada menggunakan kalimah Allah, mereka halang kamu daripada mengedarkan bible berbahasa Melayu kepada orang Melayu, mereka membakar gereja, mereka melontarkan daging babi, jadi untuk apa kamu mahu sokong BN yang diketuai oleh umno yang penuh sifat perkauman, kata Anwar Ibrahim di Gereja Holy Family.


"Tapi kami dalam pakatan rakyat yang dianggotai oleh Dap, Pkr dan Pas sentiasa membuka pintu bagi membenarkan kamu menggunakan kalimah Allah bila-bila masa sahaja, membenarkan kamu menyebarkan ajaran kamu kerana di Malaysia kita mengamalkan kebebasan beragama.' katanya lagi

"Jika Pas yang lebih Islam daripada umno pun sanggup membenarkan kamu menggunakan kalimah Allah kenapa umno cuba menghalang?

Politik Malaysia hari ini menyaksikan perpecahan yang kronik di kalangan majoriti Melayu. Keadaan ini menjadikan kaum bukan Melayu sebagai penentu undi dalam pilihanraya. Oleh yang demikian, pemimpin politik dilihat berlumba-lumba untuk mengambil hati bukan Melayu melalui berbagai cara. 

Akibatnya, politik Malaysia kini sudah sampai di tahap paling hina apabila parti-parti politik sanggup berbuat apa saja untuk menang. Sensitiviti kaum dan agama dimainkan tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab. Soal isu sensitif mampu membawa kepada huru-hara dan pertumpahan darah sudah tidak dipedulikan lagi.

Parti pembangkang pastinya lebih bebas untuk memainkan isu sensitif kerana mereka tidak perlu bertanggungjawab ke atas kelamatan negara dan juga rakyat. Malah mereka lebih suka sekiranya berlaku ketegangan kerana ia akan memudahkan mereka menyalahkan kerajaan.

Bersandarkan strategi ini, parti DAP terutamanya, dilihat begitu giat mengerahkan jentera sibernya dan juga rangkaian penyamarannya dalam bentuk NGO dan juga wakil agama untuk melakukan provokasi terhadap orang-orang Melayu-Islam. Pemimpin mereka juga dilihat sengaja ‘menjolok’ orang-orang Melayu dengan dengan berbagai isu, termasuk Kalimah Allah, isu Injil berbahasa Melayu dan juga penghinaan rambang terhadap agama Islam dan juga Raja-raja.

Setiap kali orang Melayu bangkit membela agama dan Raja-raja yang dihina, mereka akan dituduh oleh DAP sebagai orang-orang UMNO yang rasis.

Matlamat pembangkang adalah untuk meraih 100% sokongan bukan Melayu di samping meniupkan prasangka terhadap kerajaan Melayu. DAP begitu yakin orang-orang Melayu yang menolak UMNO akan terus bersama PR biarpun parti itu menggadaikan maruah Melayu dan Islam.

Ternyata perkiraan mereka tidak meleset apabila pada 16 Februari lepas, kita melihat Anwar Ibrahim terhegeh-hegeh masuk ke Gereja Holy Family, Kajang untuk berkempen meraih undi bukan Islam dalam menghadapi PRK Kajang. Tujuan Anwar adalah tidak lain tidak bukan untuk ‘menyenangkan hati’ masyarakat Kristian yang kini giat menuntut penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam Injil berbahasa Melayu. Dalam ceramah tersebut, Anwar menonjolkan sifat terbuka mengenai isu itu dan juga terbuka terhadap semua agama.

Apa yang hadirin di Gereja Holy Family tidak tahu ialah, dalam ceramah Anwar di Kompleks Penghulu Batu 10 Jalan Cheras, Kajang pada 12 Februari sebelum itu, di hadapan orang-orang Melayu, Anwar meyakinkan orang-orang Melayu yang kalimah Allah hanya milik Islam dan beliau sebagai pemimpin PR tidak akan membiarkan penganut lain menggunakannya sewenang-wenangnya.

Tindakan Anwar berkempen di gereja berjaya menggembirakan bukan Islam. Kononnya, tindakan Anwar adalah lambang ‘kesederhanaan’ yang sebenar. Blog dan portal milik pembangkang menjadikan Anwar sebagai ‘harapan’ ke arah perpaduan rakyat Malaysia.

Persoalannya, apakah pemimpin Islam perlu masuk ke gereja merendahkan diri di hadapan bukan Islam maka barulah ‘perpaduan’ sebenar dapat dicapai?

Apakah dengan menonjolkan pendirian berbeza di pentas yang berlainan merupakan contoh ‘kesederhanaan’ mengikut penilaian pembangkang?

Hakikatnya, sejak dari mula lagi, Anwar sentiasa terbuka dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian. Malah, PAS juga pada satu ketika, turut menyebelahi Kristian sehinggakan kerajaan pimpinan UMNO dikecam hebat kerana menghalang pengedaran 35,100 Injil berbahasa Melayu yang masuk melalui pelabuhan Klang.

Justeru, ceramah Anwar di hadapan orang-orang Melayu kononnya beliau akan mempertahankan kalimah ‘Allah’ merupakan satu penipuan semata-mata - sebagaimana beliau telah menipu mengenai tidak akan bertanding di Kajang mahupun sebagaimana beliau menipu akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September suatu ketika dahulu, atau mengenai tidak pernah meliwat sesiapa.

Dengan berceramah di gereja, kini pihak Kristian, orang-orang bukan Islam, kumpulan ekstremis Cina dan golongan liberal semakin yakin yang Anwar merupakan seorang calon yang paling tepat untuk dinobatkan sebagai pemimpin boneka mereka.

Sudah tentu pengiktirafan itu tidak akan diberikan jika Anwar dilihat tidak mampu menunaikan segala permintaan mereka. Sudah tentu mereka tidak akan memuji Anwar sebagai ‘harapan perpaduan’ jika Anwar komited untuk menjaga kedaulatan agama dan bangsa sebagaimana pemimpin UMNO. Sudah tentu mereka tidak akan mengiktiraf Anwar sebagai ‘sederhana’ jika Anwar juga setegas pemimpin UMNO mempertahankan kalimah ‘Allah’.

Berdasarkan hakikat ini, fikirkanlah apakah untungnya kepada umat Islam jika Anwar dilantik sebagai wakil Kajang, Menteri Besar Selangor mahupun Perdana Menteri Malaysia? Apakah hasilnya ceramah Anwar di gereja kepada orang-orang Melayu dan Islam?

Apakah benar Anwar mampu mengukuhkan perpaduan melalui ceramah tersebut? Atau hanya memperkukuhkan kedudukan penentang Islam, di samping melemahkan lagi kedudukan Islam?

Anwar boleh saja menyeru kepada perpaduan tanpa perlu ke gereja jika benar beliau tidak terdesak untuk membuktikan kepada DAP yang beliau sentiasa bersama mereka. Apa yang berlaku menunjukkan yang Anwar kini sudah lebih dari terdesak dan berada betul-betul di bawah tapak kaki DAP dalam perjuangannya untuk merebut kuasa.

Untuk umat Melayu-Islam, ingatlah, DAP tidak akan sekali-kali memuji Anwar, jauh sekali mengangkat beliau sebagai Ketua sekiranya mereka tidak mampu menguasainya. 

Sebelum ini sebagai rakan separti Pas telah mengerahkan unit amalnya bersiap sedia dan berjaga-jaga demi untuk menjaga keselamatan Teresa Kok apabila NGO Islam membuat gimik menawarkan sejumlah untuk menampar Teresa.

Pas mengutuk gimik NGO Islam tersebut dengan menganggap gimik tawaran itu sebagai mahu mambunuh pemimpin kesayangan mereka Teresa Kok.  

Itulah agenda besar mereka untuk menjadikan umno sebagai parti bersifat perkauman dengan mereka cipta isu yang melibatkan pergaduhan kaum dan kemudian mereka turun menjadi hero untuk menyelesaikannya.

SETUJU dengan kata-kata rakan blogger ..... GERAK-GERI ANWAR TIDAK UBAH SEPERTI SYAITAN

No comments: