Monday, 17 February 2014

BANJIR DI SABAH - TV3 LAPOR BERITA PALSU ???


Semuanya bermula apabila Buletin Utama TV3 yang disiarkan pada jam 8.00 malam 15 Februari 2014 telah menggunakan video dengan imej blur pada tarikh dibawah video tersebut. Pada akhir laporan berita, terpapar tarikh sebenar yang menyatakan tarikh video tersebut adalah 29.5.2007. 

Susulan itu, PEMBANGKANG mendakwa pihak TV3 telah menggunakan berita lama untuk tutup kesalahan BN yang lambat menghantar bantuan di Tenom. Berikutan itu, pihak krew TV3 telah memberikan jawapan bahawa tarikh lama tersebut terpapar kerana masalah tetapan pada kamera rakaman. 

Penjelasan Isu TV3 Kantoi Lapor Berita Banjir Di Sabah  

Menerusi kenyataan Jamawi Jaafar selaku Ketua Pemuda UMNO Tenom mengesahkan dakwaan tersebut dimana beliau turut berada di Tenom untuk membantu mangsa banjir. Menurutnya lagi, pada tahun 2007 dia masih belum memegang jawatan Ketua Pemuda Umno Tenom. Pada masa yang sama, waktu terbenamnya matahari disabah adalah sekitar pukul 6.00- 6.29 PM dan bukannya 7.14 PM.



No comments: