Friday, 24 January 2014

PLAT W1N - TERMAHAL DI MALAYSIA MILIK KERETA PROTON SUPRIMA S SULTAN JOHOR


No plat kereta termahal di Malaysia ketika ini adalah milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Plat W1N itu berjaya dimenangi baginda dengan harga RM748,000.00.


Yang lebih menariknya apabila plat yang terlalu mahal itu diabadikan hanya pada kereta Proton Suprima S yang jauh lebih murah daripada harga nombor plat itu sendiri. Anggapan orang ramai bahawa plat mahal untuk kereta mahal (mewah) ternyata tidak benar.


Menurut Sultan Ibrahim dalam New Straits Times, baginda tidak kisah membayar dengan harga yang sebegitu mahal hanya untuk mendapatkan plat kereta, kerana tahu wang itu akan disalurkan kepada rakyat juga.

'Beta diberitahu ada beberapa 'bidders' yang berminat untuk plat W1N'.

'Beta tak kisah membayat plat number itu kerana beta tahu jumlah bayaran itu akan disalurkan kembali kepada rakyat'.

Tambah Sultan Ibrahim lagi, baginda bukanlah seorang yang melanggar prosedur untuk mendapat sesuatu.  Ia adalah sifat orang Johor yang sanggup membayar apa yang dikehendaki kerana setiap orang perlu ada peluang yang adil.

No comments: