Friday 24 January 2014

FENOMENA CUACA SEJUK MELANDA UTARA DAN PANTAI TIMUR MALAYSIA


































Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataannya semalam mendedahkan bahawa suhu sejuk yang melanda di kawasan utara dan pantai timur semenanjung adalah disebabkan tiupan angin timur laut yang kencang dibawa dari Tanah Besar China dimana ketika ini negara berkenaan mengalami musim sejuk.

Memetik laporan Berita Harian, suhu sejuk tersebut berpunca daripada luruan udara sejuk tekanan tinggi bergerak ke Laut China Selatan dan membadai semenanjung Malaysia

Keadaan ini biasa terjadi ketika Monsun Timur Laut.





Menurut Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan/Terengganu, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jenuwa Husin, Kuala Krai di Kelantan merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah Celsius.

Ia sekaligus mencatatkan rekod pertama seumpamanya di Pantai Timur.

Berbalik kepada persoalan adakah Malaysia akan dilanda salji seperti yang berlaku di negara jiran, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa negara ini tidak akan mengalami fenomena tersebut kerana kedudukannya yang berada di garisan khatulistiwa.



No comments: