Friday 24 January 2014

ANAK SULUNG MAHU ZIANA ZAIN BERTUDUNG...

ziana zain bertudung

Tinggi sungguh kesedaran anak sulung Ziana Zain yang bernama Aiman ini. Baru berusia 14 tahun, Aiman yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam sering menasihati ibunya agar menutup aurat dengan memakai tudung. Ziana Zain menerima nasihat anaknya dengan hati yang terbuka. Bagus sungguh anak Ziana Zain ini. Thumbs up!!!

Kata Ziana Zain menerusi portal GUA:-
Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; “bila Mama nak pakai tudung’? Terkejut juga apabila dia suarakan perkara itu. Tapi, saya jelaskan kepadanya, jika saya mengambil keputusan untuk bertudung, biarlah ia datang dari hati dan ikhlas. Bukan kerana terpaksa. Jadi dia faham. Namun sempat juga ingatkan yang kita tidak tahu tentang tarikh kematian kita.
Pesan Aiman lagi, kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana

SUMBER

TEMAN KATA : 2014....Ziana Zain mencecah usia 46 tahun..... Mudah-mudahan suatu hari nanti, dengan hidayah dari Allah...Ziana Zain terbuka pintu hatinya untuk menerima apa yang anak sulungnya inginkan.... In Sha Allah.... 

1 comment:

Unknown said...

terbaik....bagus anak dia