IPOH – RM1,000 adalah jumlah tawaran yang dibuat oleh Kepimpinan DAP kepada mana-mana individu yang dapat memberi maklumat untuk mengesan pengendali laman blog pisau.net.
Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, pengendali blog berkenaan kini sedang dijejaki oleh pihaknya bagi menyerahkan writ saman berhubung artikel yang dikeluarkan laman blog berkenaan.
“Perbuatan baling batu sembunyi tangan merupakan perbuatan yang keji dan bersifat pengecut. Dosa orang yang memfitnah adalah besar.
“Jangan berselindung di belakang nama samaran yang palsu. Saya memberi masa 24 jam kepada pisau.net untuk tampil. ,” katanya. Kor Ming berkata, tindakan pengendali blog berkenaan menyembunyikan diri itu hanya membuktikan semua tuduhan terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan beliau adalah bohong.
Menurutnya, tindakan saman itu dibuat terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab yang telah memfitnah mereka berdua kononnya mendapat tanah di Kelantan sebagai habuan politik.
No comments:
Post a Comment