Thursday, 10 January 2013

SINDIKET PELUK ISLAM, CARA MENIPU PALING ALIM...!!!!

Gambar yang disimpan oleh kariah masjid mengenai majlis memeluk Islam yang sedang dijalankan....

SELANGOR : Satu sindiket yang dianggotai oleh 5 anak beranak dikesan dengan memeluk islam dan seterusnya mengutip wang sumbangan orang ramai. Setakat ini sindiket ini telah mengumpul sumbangan orang ramai sebanyak RM 11,000. Sindikit itu dikesan telah mengucap dua kalimah syahadah sebanyak 4 kali di masjid yang berlainan di daerah Shah Alam.
Modus operandi mereka ialah mereka sekeluarga akan menyatakan keinginan untuk memeluk Islam dan sedang melarikan diri dalam keadaan sehelai sepinggan dari suami. Katanya, mereka diugut oleh suami yang tinggal di Mantan, Negeri Sembilan agar tidak memeluk islam. Sehingga kini, mereka telah menyatakan hasrat untuk memeluk islam di 1 masjid dan 3 surau. Sindiket itu dianggotai oleh seorang wanita, 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan berumur di antara 15 – 18 tahun. Di atas alasan itu, mereka seterusnya akan menerima sumbangan orang ramai.

Kebiasaannya mereka akan datang pada waktu maghrib dan menyatakan hasrat untuk memeluk islam. Salah satu surau yang didatangi oleh 5 beranak itu ialah Surau Taman Seroja, Bandar Baru Salah Tinggi. Kejadian berlaku pada 16 Dis yang lalu.
Walaubagaimanapun motif sebenar mereka terbongkar apabila salah seorang kariah masjid mula mengesyaki mereka adalah orang yang sama dan memeluk islam di masjid yang berlainan.
Menipu rupanya....!!! Ibu bersama 2 anak perempuannya yang kononnya ingin memeluk Islam...

Kariah masjid membuat laporan polis....

1 comment:

Unknown said...

Semalam 10hb JAN 13,saya didatang seorang yang mengaku mualaf,menyatakan baru kematian isteri disebabkan kemalangan dirumah.Katanya isteri dibawa ke Hsptl Sg Buloh,Hsptl Sg Buloh hantar ke Hsptl Selayang.Kata jenazah hendak dihantar ke Butterworth.Masalah kekurang wang untuk urusan bayaran kereta Jenazah Hsptl sejumlah RM400.00.Beliau telah berjumpa jemaah Masjid Kota Damansara bernama Nik...dan mendapat sumbangan RM200.00.Masih takcukup.beliau berjumpa saya dan bercerita masaalah yang dihadapi,saya akan nanti juga cuba usahakan kekurangan,Beliau kata nak jumpan Ajk Surau dekat rumah saya sementara saya uruskan mendapat bantuan.Apa yang saya lakukan berurusan dengan Pihak Hsptl Selayang untuk mengesahkan apa yang diceritakan..jawapan pihak hsptl tiada kejadian yang dinyatakan.Apabila beliau datang kemmbali jumpa saya ,saya pegang handle motosikal sambil berkata tiada nama yang dinyatakan dihsptl Selayang.Tindakan beliau terus memecut motosikalnya dan meninggalkan saya...Pendapat saya ini juga penipuan berlaku mungkin juga sedikit keluarga yang sama...wslm