Thursday 10 January 2013

AKHIRNYA... SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT JATUH KE TANAH JUA.....!

POLIS TEMBAK MATI 2 OKT YANG MELARIKAN DIRI...


BUKIT MERTAJAM - Polis menembak mati dua daripada tujuh penjenayah yang melarikan diri daripada tahanan polis Isnin lepas dalam kejadian tembak menembak di Kampung Pelet di sini, Khamis.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kedua-dua mereka terbunuh dalam drama tembak menembak itu ialah Mohd Fairuz Adam atau dikenali sebagai Zul Mafia dan Mohd Noor Mustafa.
Polis turut menemui sepucuk pistol bersama mayat penjenayah terbabit.
Katanya, ketika kejadian pukul 1 tengahari itu kedua-dua lelaki terlibat yang menaiki kereta Proton Perdana dikatakan cuba melarikan dari daripada pemeriksaan polis di satu sekatan jalan raya di situ.


“Polis kemudian melepaskan tembakan pada tayar kereta itu menyebabkan pemandunya hilang kawalan sebelum terhumban ke dalam tali air dan kemudian berlaku tembak menembak,” katanya.
Abdul Rahim yang mengetuai pasukan khas memburu tujuh tahanan yang melarikan diri dengan van polis semasa dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth dari Penjara Pulau Pinang Isnin lepas itu berkata polis sedang memburu lima lagi penjenayah yang masih bebas.

Penduduk Kampong Tun Sardon menyaksikan usaha polis mengesan penjenayah yang meloloskan diri.

Katanya, bertindak atas malumat awam, polis juga menyerbu kawasan hutan di Kampung Pelet di situ dan ternampak kelibat beberapa lagi penjenayah terbabit tetapi mereka sempat melarikan diri.
Terdahulu itu, polis menerima maklumat awam mengenai seorang daripada penjenayah itu didapati membeli bekalan makanan di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Kulim-Butterworth dekat sini pada pukul 2 pagi.
Lokasi kereta yang terjunam

Abdul Rahim berkata polis terus melancarkan operasi memburu lima lagi lelaki terbabit hingga ke sempadan Kedah tetapi percaya mereka masih berada di kawasan ladang kelapa sawit itu.
Dalam kejadian pukul 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
Dua daripada tahanan berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor, manakala tujuh lagi melarikan diri ke sekitar kawasan ladang sawit di Ara Kuda.




No comments: