Malaysia berjaya mencapai sasaran 40 pingat emas pada Sukan SEA 2013 Myanmar apabila gandingan Ooi Tze Liang-Muhammad Nazreen Abdullah muncul juara acara 10 meter platform seirama lelaki di Pusat Akuatik Wunna Theikdi hari ini.
Kedua-dua penerjun negara itu mengumpul 386.28 mata mengetepikan gandingan Indonesia, Adityo Putra-Andriyan (327.51), manakala gangsa milik pasangan Singapura, Timothy Han Lee-Mark Han Mi Lee (300.24).
Malaysia sebelum itu memperoleh emas ke-39 menerusi Mohd. Lokman Hakimi dalam acara 51 kg muay thai.
Sementara itu, SKUAD hoki lelaki negara ternyata sukar ditandingi apabila berjaya mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA ke-27, Myanmar dengan menewaskan Singapura 5-0 pada perlawanan final di Stadium Hoki Theinphyu.
Skuad bimbingan Jurulatih kebangsaan, Tai Beng Hai itu juga membuktikan gandingan skuad senior dan remaja pada temasya dwitahunan ini tidak berdepan masalah untuk mengekalkan rekod perlawanan tanpa kalah sepanjang perlawanan berlangsung.
Turun selaku pasukan pilihan, skuad negara konsisten memberikan aksi cemerlang membuka jaringan pertama oleh Azreen Rizal Nasir menerusi gol padang pada minit ketujuh, kemudian Muhamad Azammi Adabi menambah gol kedua buat pasukan pada minit ke-19 juga menerusi jaringan padang.
Turun selaku pasukan pilihan, skuad negara konsisten memberikan aksi cemerlang membuka jaringan pertama oleh Azreen Rizal Nasir menerusi gol padang pada minit ketujuh, kemudian Muhamad Azammi Adabi menambah gol kedua buat pasukan pada minit ke-19 juga menerusi jaringan padang.
Turut meraih pingat emas, pasukan hoki wanita negara yang menewaskan Thailand 6-1 pada perlawanan final yang berlangsung semalam.
Namun begitu, skuad bolasepak bawah 23 tahun negara pulang dengan tangan kosong selepas terlepas peluang meraih pingat gangsa di temasya Sukan SEA ke-27 apabila tewas 1-2 kepada Singapura pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat yang berlangsung di Stadium Zayar Thiri hari ini.
Di temasya Sukan SEA lalu skuad negara adalah pemenang pingat emas.
Malaysia gagal melangkah ke final apabila tewas kepada Indonesia menerusi penentuan penalti pada separuh akhir, dua hari lalu.
No comments:
Post a Comment