Friday, 6 December 2013

PRESIDEN PAS DI SAMAN CALON 'PIL KUDA' PRU13

AIDCNews  – Mohd Shamsul Mat Amin, 28, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Dungun hari ini didakwa blog Sungai Rapat Online telah memfailkan saman terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan dengan dakwaan calon ‘Pil Kuda’ semasa Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).

“Saya tidak menyangka seorang yang bergelar Haji dan pemimpin parti Islam pula sanggup menaburkan fitnah terhadap saya”, kata Shamsul yang dilaporkan mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pagi tadi.
Antara Intipati sidang media oleh Mohd Shamsul :
1) Beliau meneruskan saman terhadap Abdul Hadi Awang kerana memfitnah difitnah menjual pil kuda.
2) Saman ini dibuat bagi membersihkan namanya kerana beliau tidak pernah terlibat dengan kes pil kuda seperti mana dinyatakan oleh Abdul Hadi.
3) Beliau telah menghantar surat kepada Abdul Hadi pada 22 Oktober 2013 meminta Abdul Hadi memohon maaf kepadanya, namun tidak memperdulikannya.
4) Sebaliknya peguam Abdul Hadi dalam surat balasan pada 7 Nov 2013, didakwa telah berbohong dengan menyatakan bahawa Abdul Hadi tidak pernah memfitnah beliau terlibat dengan penjualan pil kuda itu.
5) Beliau memfailkan saman ini kerana terasa tertekan dan tidak berpuas hati terhadap fitnah jijik itu.


No comments: