Malai-se, Mampus Melayu adaah slogan kaum cauvinis, rasis dan extremis membawa kepada peristiwa 13 Mei 1969 |
Perhimpunan Agong UMNO 2013 baru bermula pagi tadi. Ucapan Dasar yang panjang lebar telah diberikan oleh Presiden UMNO YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. Sebagaimana biasa, ianya memberikan gambaran global mengapa UMNO masih relevan dan menjadi tunggak kepada survival bangsa Melayu, dan apa yang harus dilakukan oleh UMNO untuk terus survive dan menjadi teras perjuangan Melayu. Antaranya memberikan tanda aras KPI kepada seluruh jentera UMNO berdasarkan 5 teras transformasi perjuangan yang telah digariskan.
Saya cukup yakin ahli UMNO sudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh Presiden, hanya tinggal soal melaksanakannya sahaja.
Apa yang saya mahu kupas sebagai renungan para perwakilan dan pembahas khasnya, dan kepada orang Melayu umumnya ialah merungkai persoalan adakah survival dan kesinambungan perjuangan memperkasa bangsa Melayu-Islam sedang terancam? Apa ancaman itu dan siapa pengancamnya?
Saya gariskan dibawah 7 faktor utama ancaman terhadap survival dan kesinambungan perjuangan bangsa Melayu-Islam di Malaysia ini.
1. DAP - DAP adalah ancaman utama bagi bangsa Melayu-Islam. Sikap cauvinis, rasis, extremis dan anti Melyu-Islam yang begitu menebal didalam DAP sudah terserlah - sudah terang bersuloh pula.
Sikap perwakilan DAP mengejek dan menjerit boo kepada Jeff Ooi apabila beliau dalam keadaan terpaksa meminta maaf atas keceluparan memanggil kakitangan MPPP yang kebanyakannya adalah bangsa Melayu dengan gelaran 'kucing kurap' membuktikan betapa cauvinis dan rasisnya mereka ini. Meminta maaf kepada orang Melayu seperti sesuatu yang hina untuk dilakukan!
Ingat balik kenyataan Ketua Publisiti DAP Tony Pua yang melabel pegawai dan kakitangan ROS sebagai anjing UMNO sekadar membuktikan sikap cauvinins, extremis dan pelampau perkauman mereka. Sehingga hari ini Tony Pua enggan meminta maaf kepada kakitangan ROS.
Jangan lupa DAP juga pernah membuat kenyataan bahawa jika diberi mandat memerintah, mereka akan mengurangkan saiz perkhidmatan awam kepada separuh. Bermakna lebih 600,000 kakitangan awam akan hilang pekerjaan jika DAP berkuasa. Dan kita sedia maklum orang Melayu merupakan kaum majoriti yang berkhidmat dalam perkihidmatan awam.
Sikap cauvinis, extremis dan anti-Melayu DAP ini sudah lama membiak. Contohnya dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Cuba baca semula Lapuran Mageran 06 Okt 1969 yang dibentangkan di Parlimen dan buku tulisan Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman '13 Mei: Sesudah & Sebelum'.
Slogan 'Malai-Se - Mampus Melayu' berkumandang dibumi Tanah Melayu waktu itu. Panggilan 'lancau polis Melayu, 'Melayu sakai masuk hutan', 'Melayu pigi berambus ini KL kita sudah control' dan macam-macam lagi panggilan menghina dihamburkan kepada orang Melayu hanya apabila DAP menang sedikit kerusi di Selangor dan Pulau Pinang. Kata makian dan caci-nista ini akhirnya membawa kepada rusuhan kaum terburuk yang pernah dilihat dalam sejarah negara!
Janganlah kita bangsa Melayu-Islam terbuai dan terleka dengan mainan politik jijik dan kotor ini. DAP tidak pernah berubah. Kenyataan Karpal Singh 'over my dead body' kalau nak laksanakan Islam, dan terbaru mendesak parti dan pertubuhan berlabelkan bangsa (seperti UMNO) atau agama (seperti PAS) hendaklah dibatalkan sekadar membuktikan apa yang sudah jelas - sikap cauvinis, rasis, pelampau perkauman dan anti Melayu-Islam mereka!
Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?
2. PKR & Anwar Ibrahim - ini adalah parti picisan yang ditubuhkan oleh mereka yang telah ditongsampahkan oleh UMNO. Ini adalah sisa buangan UMNO yang dikutip untuk survival politik Anwar Ibrahim. Nafsu besar mereka untuk menjadi Kerajaan dan bertakhta di Putrajaya telah menyebabkan perpecahan bangsa Melayu-Islam. Anwar Ibrahim dan PKR telah memberi talian-hayat politik kepada DAP untuk menembus masuk ke kawasan yang mereka tidak pernah impikan pun sebelum ini.
Inilah parti yang dipimpin oleh manusia yang telah dua kali diheret ke Mahkamah atas pertuduhan melakukan seks luar tabie, iaitu meliwat dua orang kakitanganya sendiri Azizan dan Saiful Bukhori.
Inilah parti yang bersetuju kristian dibenarkan mengguna-pakai kalimah ALLAH walaupun dalam bentuk triniti yang jelas mensyirikkan ALLAH.
Inilah parti yang dipimpin oleh pemimpin yang pembohongan dan putarbelit menjadi alat perkakas mereka. Masih ingat pembohongan 16 Sep? Masih ingat pembohongan Kg. Buah Pala? Masih ingat pembohongan jam Omega? Masih ingat pembohongan Lynas? Masih ingat pembohongan pengundi Bangla? Masih ingat lagi beberapa siri pembohongan dan putar belit mereka? Terbaru kenaikan elaun dan gaji MB, Speaker dan ADUN di Selangor; sedangkan di Parlimen mereka bermain wayang menentang semasa PM cadangkan kenaikan elaun Ahli Parlimen?
Dan jangan lupa dalang-dalang disebalik mereka; termasuk dalang-dalang asing!
Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?
3. PAS - inilah parti yang menjadi kaldai tunggangan kepada DAP dan Anwar. Sokongan mengkhinzir buta mereka mengelabukan orang Melayu dengan label Islam dan jubah serban yang mereka bawa.
Inilah parti yang bersekongkol dengan Anwar dan Kit Siang untuk membenarkan kristian mengguna-pakai kalimah ALLAH. Walau dibantah oleh Majlis Syura mereka, walau ditentang oleh ulama mereka seperti Dr. Haron Din; namun mereka masih enggan menarik balik sokongan 08.01.2013 yang diberikan hasil desakan Lim Guan Eng pada 25.12.2012 untuk kristian boleh menggunakan kalimah ALLAH.
Inilah parti yang sanggup memecat tanpa memberi notis dan hak bela diri keatas Datuk Dr. Hasan Ali yang cuba menyelamatkan aqidah umat Islam dan syariat Islam!
Inilah parti yang sanggup memecat Ustaz Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura' tanpa memberi notis atau hak bela diri kerana dilihat terlalu mesra UMNO!
Inilah parti yang sanggup memecat Ustaz Kazim Elias yang ditawarkan tempat untuk menduduki Majlis Tertinggi UMNO. Lihat bagaimana ahli-ahli termasuk segelintir kepimpinan mereka memaki hamun dan memberi pelbagai gelaran menghina kepada Ustaz Kazim, termausk dipanggil babi, anjing BN, penjilat Najib, barua UMNO, makan duit UMNO dan macam-macam lagi!
Inilah parti yang sanggup memecat bekas Ketua Penerangan PAS Selangor Ustaz Hasan Basri, bekas Setiausaha PAS Negeri Selangor saudara Norman Toha tanpa notis dan tanpa peluang membela diri hanya kerana mereka mempertikai kerjasama PAS dengan DAP dan PKR!
Inilah parti yang lebih sanggup berkawan dengan syaitan daripada bersaudara dengan orang Melayu yang satu aqidah dan satu agama dengan mereka!
Inilah parti yang sanggup mendoakan kehancuran orang Melayu yang tidak sehaluan dan sealiran politik dengan mereka; sehingga sanggup mendoakan supaya pemimpin Melayu pecah perut!
Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?
4. Singapura - jangan lupa setelah pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS mendapat sedikit kemenangan dalam PRU-12 dengan menumbangkan majoriti 2/3 BN dan merampas Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor; pemimpin kanan dan bekas PM Singapura Lee Kuan Yew membuat kenyataan 'bukan sesuatu yang mustahil untuk Singapura menyertai semula Malaysia'.
Sekiranya pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS memenangi kerusi Parlimen dan membentuk Kerajaan, mereka boleh membawa usul ke Parlimen menurut Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan untuk menjemput Singapura menyertai Malaysia. Usul ini hanya memerlukan majoriti mudah 112 kerusi untuk diluluskan.
Jika itu berlaku, dan usul itu diterima oleh Parlimen Singapura, apakah akan terjadi? Parlimen Singapura dan Parlimen Malaysia akan bergabung. Dengan Parlimen Singapura mempunyai 89 kerusi; dan kita pun tahu siapa yang menguasai kerusi ini. Apa akan terjadi?
Mereka akan dapat menguasai Parlimen Malaysia dengan majoriti besar, malah kemungkinan 2/3!
Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?
5. NGO-NGO Liberal - baru-baru ini dalam sidang Universal Periodic Review of United Nations Human Rights Council (UPR-UNHRC) di Geneva, Switzerland, beberapa pertubuhan NGO daripada Malaysia dengan kerjasama beberapa NGO asing dan antarabangsa telah mendesak badan antarabangsa itu supaya menekan Malaysia menerima beberapa tuntutan mereka.
Antaranya membenarkan kristian mengguna-pakai kalimah ALLAH, membenarkan orang Islam murtad, menghalalkan amalan seks bebas dan luar tabie LGBT dan identiti gender SOGI termasuk kahwin sesama jenis; membenarkan ajaran seperti syiah dibenarkan dalam negara ini, termasuk menghapuskan Artikel 153 Hak Keistimewaan Melayu dan lain-lain.
Dan kita tahu NGO-NGO ini kebanyakannya adalah pro-pembangkang termasuk pakatan DAP-PKR-PAS.
Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?
6. Gerakan Kristianisasi - akhir-akhir ini gerakan kristianisasi nampaknya semakin menjadi-jadi di negara kita. Peristiwa dakyah dan cubaan murtad di Gereja DUMC masih segar dalam ingatan kita. Peristiwa yang menyebabkan Tuanku Sultan Selangor terpaksa campurtangan tetapi disanggah dengan biadap dan kurang ajar oleh golongan yang kurang ajar dan biadap.
Cubaan mereka mengheret isu kalimah ALLAH sehingga ke Mahkamah adalah satu tindakan provokatif dan sangat menghina umat Melayu-Islam.
Kegagalan mereka di Mahkamah tidak berhenti disitu. Mereka mengheret isu ini ke peringkat antarabangsa menggunakan platform PBB!
Yang paling malang, mereka menerima sokongan dari segelintir bangsa Melayu yang sudah terlalu kemaruk untuk menduduki takhta Putrajaya!
Kalau PRU-12 diberi label sebagai ‘Tsunami Cina’, saya tidak terkejut sekiranya PRU-14 kelak akan menjadi ‘Tsunami Kristianisasi’.
Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?
7. Neo-Melayu Liberal - satu ancaman yang mungkin kurang disedari oleh umat Melayu-Islam ialah kemunculan generasi neo-Melayu liberal yang langsung tidak menghargai sejarah perjuangan Melayu-Islam dinegara ini, yang asas keagamaan mereka sangat longgar, sifat patriotisma dan kenegaraan mereka sangat cetek, kesetiaan mereka sangat diragukan, dan sikap mereka yang terlalu mementingkan diri sendiri dengan fahaman what my country can do for me!
Mereka ini terlalu mempertuhankan barat, dan berselindung disebalik sistem demokrasi ala barat, hak asasi tanpa batas dan kebebasan bersuara tanpa sekatan. Dan mereka merasakan bahawa agama Islam itu menyusahkan, dan bangsa Melayu ini lekeh dan mundur. Mereka merasakan Islam fahaman ahlus sunnah wal jamaah jumud dan mundur, sebab itu ada antara mereka mudah terpikat dengan ajaran syiah yang lebih menyeronokkan. Yang paling teruk ada antara mereka malu mengaku bangsa Melayu!
Malangnya ramai antara mereka ini golongan yang berjaya hasil usaha UMNO dan dasar afirmatif yang membolehkan mereka mencapai kejayaan akademik dengan bantuan dan biaya Kerajaan; malah menjadi kaya raya hasil daripada kontrak atau peluang perniagaan dan pekerjaan yang diberikan oleh Kerajaan UMNO. Dan ada antara mereka duduk didalam UMNO, bukan untuk perjuangan memartabat agama, bangsa dan negara, tetapi untuk mengisi tembolok dan memenuhkan kantung mereka!
Mereka ini sekarang sedang melata di bumi Melayu ini. Mereka ada dalam UMNO, dalam PAS, dalam NGO-NGO, di GLC dan GCE, di syarikat-syarikat multinasional dan lain-lain.
Mereka ini umpama duri dalam daging, api dalam sekam yang boleh menghancurkan agama, bangsa dan tanahair bila-bila masa!
Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?
RUMUSAN
Sebenarnya ancaman terhadap survival dan kesinambungan Melayu, Islam dan tanahair adalah real. Kita dapat melihat daripada senarai diatas bahawa ancaman itu datang dalam pelbagai bentuk dan platform. Daripada parti politik, daripada NGO, daripada negara asing, daripada anasir luar, daripada gerakan dakyah keagamaan termasuk kristianisasi dan syiah, daripada kemunculan generasi neo-Melayu liberal dan daripada anasir antarabangsa!
Sebab itu bangsa Melayu-Islam tidak ada pilihan. Kita perlu bergantung kepada diri sendiri. Dan buat masa ini, kita hanya ada platform UMNO untuk memperkasa dan memartabatkan serta mempertahankan agama, bangsa dan tanahair kita!
UMNO mungkin tidak sesempurna yang kita inginkan; pimpinan UMNO mungkin tidak sebaik yang kita cita-citakan; tetapi itu sahaja pilihan yang kita ada buat masa ini.
Jadi tugas dan kerja kita ialah membantu memulihkan UMNO, memperkasa UMNO untuk menjadi parti siasah yang mana boleh bangsa Melayu-Islam meletakkan harapan untuk memastikan survival dan kesinambungan kita terus berkekalan.
Namun UMNO sendiri wajib berubah. UMNO wajib memperbetulkan qiblatnya kearah memperkasa dan memartabat bangsa Melayu-Islam. UMNO wajib mengadakan muhasabah diri - UMNO perlu ingat tanpa Melayu tiada UMNO. UMNO memerlukan bangsa Melayu - dan Melayu memerlukan Islam. Tanpa Islam tiada Melayu!
UMNO perlu membersihkan diri daripada pemimpin korup dan salahguna kuasa. UMNO perlu membawa dirinya lebih mendekati Islam. UMNO perlu menghapuskan segala unsur duri dalam daging yang sedang membiak segar didalam UMNO. Kepimpinan UMNO perlu disedarkan bahawa UMNO bukan lubuk emas untuk mereka membuat harta, memperkayakan diri dan keluarga, mengisi kantung dan tembolok kroni. Budaya politik wang mesti dibenteras ke akar umbi. Kewujudan war-lord dalam UMNO mesti dihapuskan.
Persepsi bahawa UMNO terlalu takut dengan kehilangan undi bukan Melayu mesti diperbetulkan segera. Keghairahan segelintir pemimpin UMNO menagih undi bukan Melayu perlu dihentikan segera. Ketakutan sesetengah pemimpin UMNO untuk dikaitkan dengan perjuangan Melayu-Islam mesti dihapuskan. Ada sesetngah pemimpin UMNO begitu takut sehingga bila sebut nama Perkasa pun mereka boleh menjadi histerikal!
Jangan sampai orang Melayu melihat UMNO merasa berdosa dan bersalah untuk memperkasa, memartabat dan membela nasib Melayu-Islam dalam negara ini!
Hanya dengan keberanian melakukan perubahan substantif inilah baru kepercayaan dan harapan orang Melayu-Islam dapat dikembalikan.
UMNO adalah Melayu - Melayu adalah Islam!
Semoga ALLAH memberkati perjuangan kita semua insya ALLAH.
Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
02 Safar 1435
05 Dis 2013
No comments:
Post a Comment