Friday, 6 December 2013

NELSON MANDELA MENINGGAL DUNIA, OBAMA ARAHKAN BENDERA DIKIBAR SEPARUH TIANG DI WHITE HOUSE

Nelson Mandela’s Top Five Contributions to Humanity

JOHNNESBURG : Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela meninggal dunia di kediamannya di Johannesburg hari ini selepas sekian lama menghidap jangkitan paru-paru.

Pejuang anti-aparthied itu berusia 95 tahun. Kematian Mandela diumumkan oleh Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma. 


“Kini beliau pergi dengan aman untuk selama-lamanya," kata Zuma yang turut bersedih.

Zuma juga mengumumkan satu pengkebumian negara akan dilakukan untuk Mandela dan mengarahkan semua bendera dikibar separuh tiang mulai hari ini sehinggalah pengkebumian tokoh negara itu. - AP


SEMENTARA ITU, di Washington, Presiden Barack Obama mengarahkan bendera negara itu dikibarkan separuh tiang di Rumah Putih dan bangunan awam Negara itu bagi menghormati kematian pejuang anti-apartheid, Nelson Mandela hari ini. 

“Hari ini Amerika Syarikat kehilangan rakan rapat, Afrika Selatan kehilangan seorang tokoh liberal dan dunia kehilangan tokoh inspirasi kebebasan, keadilan dan kedaulatan kemanusiaan - Nelson Mandela tidak lagi bersama kita," katanya dalam satu pengisytiharan negara. 

Obama berkata, beliau mengarahkan bendera Negara di turunkan separuh tiang sebagai 'menghormati kenangan bersama Nelson Mandela'. 


Obama menyampaikan ucapan takziah itu di Rumah Putih selepas 45 minit kematian Mandela diumumkan pagi ini. 

Presiden pertama berkulit hitam itu bertemu Mandela sekali saja pada 2005, namun hero anti-apartheid itu menjadi sumber inspirasi kepada Obama untuk menyertai dunia politik. - AFP 

No comments: