Tuesday 3 December 2013

PERBICARAAN PENSYARAH UPM CABAR KERAJAAN AS DIMULAKAN

PETALING JAYA : Cubaan Pensyarah Universiti Putra Malaysia Prof Rahinah Ibrahim membersihkan namanya daripada senarai orang yang tidak boleh 'menjejakkan kaki' ke Amerika Syarikat mula dibicarakan di Mahkamah Persekutuan San Fransisco pada Isnin.

Dilaporkan bahawa ia merupakan cubaan pertama seorang individu mencabar keputusan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang dibicarakan, lapor AP.
Prof Rahinah mendakwa namanya secara tidak sengaja telah diletakkan dalam senarai tersebut kerana dia seorang Muslim, dan telah berjuang untuk membersihkan namanya sejak beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Fransisco pada Januari 2005.
Oleh kerana bekas graduan Standford berusia 48 tahun itu tidak dibenarkan menjejakkan kakinya ke AS, untuk memberikan keterangan, testominya telah dirakam di London dan tunjukkan kepada Hakim Daerah San Fransisco, William Alsip pada Isnin.
Kerajaan AS juga tidak memaklumkan sebab mengapa nama Prof Rahinah dimasukkan dalam senarai berkenaan.
Peguam Persekutuan pula membantah kes perbicaraan tersebut yang disifatkan sebagai 'risiko yang tidak boleh diterima' kerana mendedahkan maklumat sulit mengenai bagaimana program 'Homeland Security' berfungsi, menurut laporan berita San Jose Mercury.
Alsup, yang mendengar perbicaraan tersebut tanpa kehadiran juri mengarahkan agar perbicaraan kes tersebut diteruskan walaupun pelbagai butiran dibekalkan sebagai dokumen di mahkamah.
Dalam kes perbicaraan yang tidak pernah berlaku itu, kerajaan AS dijangka mendedahkan senarai nama yang dilarang memasuki negara itu, satu pendekatan keselamatan penerbangan yang digunapakai sejak serangan pengganas, 11 September.
Menurut San Fransisco Chronicle, dalam senarai itu terdapat beberapa ribu nama penumpang yang didakwa mempunyai risiko melakukan keganasan atau rampasan kapal terbang.
Bagaimanapun, audit kerajaan AS mendapati wujud beberapa kesilapan sejak Homeland Security mengekalkan senarai tersebut sejak sedekad yang lalu.
Peguam yang menwakili Prof Rahinah, Elizabeth Pipkin memberitahu KQED bahawa anak guamnya tidak pernah dimaklumkan sebab mengapa peluangnya untuk melancong ke AS dinafikan. mStar

No comments: