Tuesday 3 December 2013

BUDAK 12 TAHUN DIBUNUH DAN DIROGOL 10 LELAKI.....MALAYSIA SUDAH TIDAK SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK...???


SETIAP hari seolah-olah satu hal yang tidak lagi selamat untuk kanak-kanak di negara ini apabila dihidangkan dengan kes mengenai kanak-kanak dibunuh. Selepas kes 3 beradik ditemui dibunuh kejam di tempat berasingan semalam, hari ini di Sarawak pula dilaporkan seorang budak perempuan berumur 12 tahun dipercayai dirogol dan dibunuh oleh 10 lelaki ketika menghadiri majlis pertunangan saudaranya...


Gambar hiasan : Kanak-kanak yang terbunuh di Syria
SARATOK – Nasib malang menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang menghadiri majlis pertunangan saudaranya apabila dia ditemui mati dipercayai dirogol dan dibunuh oleh sekumpulan 10 lelaki di tepi Jalan Kabong dekat sini.
Mayat kanak-kanak malang berketurunan Iban, Rinnie Tiew Kutei itu ditemui terbaring dalam keadaan separuh bogel oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan pada pukul 6.30 pagi.
Menurut sumber, sebelum itu, mangsa keluar bersama bapa dan abangnya pada malam Jumaat lalu untuk menghadiri majlis pertunangan seorang saudaranya di Rumah Robert Sungai Pasir iaitu tidak jauh dari rumah mereka.
“Mangsa bersama bapa dan abangnya pergi ke rumah saudaranya itu menaiki motosikal.
“Namun kanak-kanak terbabit tidak pulang ke rumah selepas selesai kenduri kerana mahu bermalam di rumah saudaranya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Lee Thai Lein ketika dihubungi, mengesahkan kejadian kejadian tersebut.
Beliau berkata, berdasarkan kesan lebam pada muka dan tubuh mangsa, pihaknya tidak menolak kemungkinan kanak-kanak tersebut dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya ditinggalkan di tepi jalan.
“Polis masih menjalankan siasatan dan menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Sibu untuk mengenal pasti punca kematian mangsa.
“Setakat ini, belum ada suspek ditahan tetapi polis yakin dapat mengenal pasti identiti penjenayah terlibat melakukan perbuatan kejam itu dalam tempoh terdekat,” katanya.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. – Utusan Online

Teman kata : Sekadar bertanya....adakah kanak-kanak di negara ini sudah tidak selamat lagi? Di manakah anak anda sedang berada sekarang ini? Utamakan keselamatan mereka...anak-anak adalah pewaris bangsa, aset utama negara.....

No comments: