Tuesday, 3 December 2013

KEMATIAN PAUL WALKER - KEBOCORAN MINYAK STERENG PUNCA PORSCHE CARERA GT LANGGAR POKOK DAN MELETUP


NAHAS yang meragut nyawa pelakon filem Fast & Furios, Paul Walker dijangka berlaku ekoran kerosakan mekanikal pada stereng Porsche Carrera GT yang dipandu rakannya, Roger Rodas.

Menurut TMZ, berdasarkan maklumat diperoleh daripada sumber yang ada kaitan dengan kedai yang menyimpan dan menyenggara kereta tersebut, Always Evolving kemungkinan berlaku kebocoran pada minyak stereng kuasa.

Always Evolving dimiliki bersama Paul dan pemandu tersebut, Roger.

Sumber memberitahu TMZ, ada melihat kesan cecair sebelum kesan tayar di tempat kejadian.

Sumber AE pula memberitahu fakta jelas yang kelihatan adalah kewujudan kesan tayar sebelum titik impak kemalangan.

Katanya, jika Roger hilang kawalan, kesan tayar akan menunjukkan berbelok-belok tapi tanda tersebut menunjukkan garisan lurus.

Teori yang dapat difikirkan adalah pemandu tidak mempunyai kawalan pada stereng kereta.

Api yang merebak begitu cepat di bahagian hadapan kereta dikatakan berkemungkinan berlaku kebocoran pada sesuatu bahagian.

TMZ diberitahu bahawa Carerra GT itu tidak diubah suai dan jarang dipandu. Mereka percaya kegagalan itu berpunca daripada kilang.

Roger juga dikatakan sebagai pemandu kelas dunia jadi dakwaan yang menyebut dia memandu laju dan hilang kawalan itu tidak masuk akal.

No comments: