Monday 23 December 2013

MASYARAKAT KRISTIAN DI SELANGOR MASIH GUNA KALIMAH ALLAH


Kalimah Allah masih digunakan oleh masyarakat Kristian di Selangor, lapor blog jawaber6 yang digunakan dalam satu forum di salah satu hotel di Bandar Di Raja Klang, Selangor semalam.

“International Full Gospel Felowship GA Allah Klang, Satelit Nilai & Salelit Puchong,” begitulah kenyataan yang terpapar di backdrop forum tersebut.
Menurut jawaber6 forum itu diadakan di Hotel Gold Coast, Bandar Di Raja Klang, Selangor, forum yang menggabungkan tiga rumah ibadat agama Kristian iaitu Gereja Klang, Nilai dan Puchong.
“Yang lebih mengejutkan adalah adanya perkataan kalimah Allah yang turut digunakan oleh penganjur majlis ini. Sedangkan sebelum ini, mahkamah telah memutuskan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh mana-mana agama di Semenanjung Malaysia bagi mengelakkan kekeliruan dari segi penggunaan nama tuhan. 
Seterusnya...di sini

No comments: