Saturday, 30 November 2013

SAYA BUKAN KAKI BODEK, SAYA BUKAN AHLI KORPORAT - UKE


KAMPAR : "Sekarang ini heboh orang cakap saya ahli politik, saya bukan ahli politik. Semua wartawan saya cari...malam ini pun ada yang datang cari saya.

Tetapi saya akan cakap 'no comment', saya akan bagi sidang media esok (hari ini) di Kuala Lumpur," kata penceramah bebas terkenal, Mohd Kazim Elias al-Hafiz, 41 atau Ustaz Kazim berhubung pemilihannya sebagai antara sembilan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dilantik, semalam.

Menurutnya, beliau bersedia untuk memberi bantuan dalam politik negara jika diperlukan untuk kepentingan umat Islam.

"Jika ada orang politik meminta bantuan saya, saya sanggup untuk kepentingan agama dan umat Islam," katanya ketika menyampaikan ceramah pada Majlis Ilmu dan Santai Bersama Ustaz Mohamad Kazim Elias di Dataran Warung Capati Klasik Dzulira, Malim Nawar, di sini, malam tadi.

Beliau juga menolak dirinya mempunyai kepentingan peribadi, sebaliknya berazam untuk memperhebatkan masyarakat Islam di negara ini.

"Mengapa saya harus menolak, sedangkan saya ingin menolong agama. Saya bukan kaki bodek, saya bukan ahli korporat dan saya bukan ada kepentingan apa-apa.

"Apabila orang memberi kepercayaan kepada saya, saya akan gunakan sebaik mungkin untuk kebaikan," katanya.

Beliau antara sembilan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dilantik Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak sebagai melengkapkan jumlah barisan MT sesi 2013-2016.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, semalam.

No comments: