Saturday, 30 November 2013

CAHAYA SULAIMAN DAN HAMIDAH OSMAN KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN KALABAKAN DAN GOPENG


TAWAU : Ketua Wanita UMNO Kalabakan, kekal milik Cahaya Sulaiman selepas menewaskan bekas ketuanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat dalan pemilihan semula, sebentar tadi. 

Cahaya yang menang dalam pemilihan sayap menewaskan Hamisa pada 12 Oktober lalu, memperoleh 400 undi sekali gus mengatasi pencabarnya dalam saingan satu lawan satu dengan majoriti 75 undi. 


Sementara itu di Gopeng, Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Datuk Hamidah Osman menang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng dalam pemilihan semula sayap itu menewaskan pencabarnya, Juliliyana Mohd. Junid di sini hari ini.

Dalam pemilihan semula yang diadakan di Bangunan UMNO negeri di sini, Hamidah yang juga bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO mendapat 173 undi berbanding Juliliyana, 131 undi.

Pada pemilihan 12 Oktober lalu, Juliliyana menang dengan majoriti 20 undi apabila mendapat 163 undi berbanding Hamidah, iaitu penyandang jawatan itu yang meraih 143 undi. 

No comments: