KUALA LUMPUR : Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menahan empat lelaki berusia antara 22 hingga 37 tahun bagi membantu siasatan kes membabitkan seorang lelaki Melayu berusia 32 tahun yang dipukul hingga mati di susur ke Lebuhraya DUKE pada Khamis.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata kejadian yang berlaku lebih kurang pukul 7.50 petang dilaporkan seorang anggota Polis yang kebetulan melalui tempat kejadian.
Katanya, pengadu telah melihat seramai lebih kurang 15 orang ramai sedang mengelilingi serta memukul seorang lelaki Melayu yang membawa sebuah kereta Honda Civic yang dipercayai dicuri.
"Pengadu telah bertindak memperkenalkan diri sebagai anggota polis, untuk meleraikan orang ramai dari terus menyerang dan memukul lelaki melayu berkenaan.
"Sebaliknya orang ramai terus menyerang dan memukul lelaki berkenaan tanpa menghiraukan kehadiran anggota polis," katanya dalam satu kenyataan media.
Jelas beliau pengadu berkenaan kemudiannya mendapatkan bantuan anggota polis lain dan membawa lelaki yang dipukul ke Balai Polis Sentul.
Sebaik tiba di perkarangan Balai Polis Sentul, lelaki berkenaan didapati tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan kecemasan.
Namun lelaki berkenaan telah meningal sebelum sempat dibawa ke Hospital dan pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di kepala.
"Mayat lelaki berkenaan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut dan bedah siasat," katanya.
Hasil siasatan polis mendapati kejadian bermula apabila rakan pemilik kereta yang dicuri mendapat maklumat kenderaan tersebut terperangkap dalam kesesakan lalulintas di Lebuhraya DUKE.
Rakan-rakan pemilik kereta tersebut cuba menahan dua lelaki yang berada dalam kereta tersebut namun keduanya cuba melarikan diri.
Salah seorang darinya berjaya ditangkap oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian yang turut menyerang dan memukul lelaki berkenaan.
Siasatan masih dijalankan dan polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat dan menyaksikan kejadian tersebut diminta tampil memberi maklumat kepada pegawai penyiasat ASP Wan Abdullah Wan Said melalui telefon nombor 03-62562280 atau 03-62562307. AstroAwani

No comments:
Post a Comment