Saturday, 9 November 2013

HARGA TIKET FERI LANGKAWI AKAN DINAIKKAN ... ???


Dikhabarkan oleh Mc , seorang sahabat yang menetap di pulau Langkawi memberitahu bahawa syarikat yang menguruskan feri ke pulau Langkawi akan membatalkan diskaun khas kepada penduduk tempatan bermula dari 15 November ini.


Malah syarikat berkenaan juga berniat untuk menaikkan harga tiket. Cuma jumlah berapa peratus kenaikkan harga tiket belum diberitahu secara tetap.

Jika syarikat berkenaan naikkan harga tiket feri ke Langkawi, ini bermakna syarikat berkenaan sudah melanggar perjanjian asalnya bersama TPM TS Muhyiddin Yasin yang melarang harga tiket feri ke Langkawi dinaikkan.

Mungkin kenaikkan harga tiket ini hanya untuk meraih keuntungan besar sempena cuti sekolah. Apa pun alasan syarikat berkenaan, ianya dilihat sebagai satu tindakan yang tidak patut. Malah tindakan untuk membatalkan diskaun pada penduduk tempatan juga tidak patut dilakukan.

Jadi, diharapkan agar pihak berkuasa dapat bertindak dahulu sebelum orang ramai bertindak terhadap pengusaha feri Langkawi ni. Usah fikir dia ni orang besar atau orang kecil. Sebab kepentingan rakyat lebih utama dari segala-galanya.

No comments: