Thursday, 7 November 2013

ARTIS FIDA IBRAHIM KAWIN LARI DI SELATAN THAI ...???

alt

Siapalah artis Malaysia dalam dunia seni tanpa kontroversi sebegini bukan? Fida Ibrahim yang baru-baru ini terpalit isu lari dari lokasi penggambaran kini khabarnya telah berkahwin senyap-senyap di Selatan Thailand.


Lebih menarik, Fida Ibrahim didakwa bernikah dengan pengurus peribadi beliau sendiri yang dikenali sebagai Shah di kalangan media dan pelakon ini mencipta kontroversi percintaan dengan Zalif Sidek untuk sembunyikan hubungan mereka.

"Kahwin? Kalau betul saya telah berkahwin sila kemukakan bukti. Cerita saya kahwin secara senyap sebenarnya sudah timbul sejak dulu lagi.  Sebelum ini, saya pernah juga didakwa berkahwin secara senyap dengan seorang VIP".

"Sekarang, saya didakwa pula berkahwin secara senyap dengan pengurus sendiri. Sebenarnya ada orang yang cuba mereka cerita mengenai perkahwinan saya," jawab Fida.

Beliau yang akan turut menyertai program realiti Maharaja Lawak Mega 2013 juga menjawab isu inai yang sering menghiasi jari dengan mengatakan ianya sekadar hiasan dan tidak ada kena mengena dengan sebarang pernikahan seperti yang dikhabarkan. 

No comments: