Thursday 7 November 2013

JAMAL ABDILLAH BAKAL MELAMAR NAS ADILA


Pasti ramai yang terkejut apabila mendapat tahu Raja Pop terkenal, Datuk Jamal Abdillah bakal merisik Nas Adila sebagai permaisuri hidupnya bukan?

Maklum sahaja, sebelum ini Jamal jarang dikaitkan bercinta dengan mana-mana artis wanita sehinggalah laporan Harian Metro hari ini melaporkan bahawa beliau dipercayai bakal melamar Nas dalam satu majlis tertutup.
Menurut laporan yang sama, Jamal dikatakan terpikat dengan Nas apabila terpesona dengan kelembutan yang dimiliki oleh penyanyi wanita itu, manakala Nas pula dikatakan terpaut dengan Jamal kerana melihat penyanyi tersebut sebagai seorang lelaki yang matang dan sesuai untuk dijadikan suami.
Bagaimanapun, penyanyi Nas Adila menyerahkan kepada Datuk Jamal Abdillah bagi menjelaskan kepada umum tentang status sebenar hubungan mereka serta desas-desus kononnya dia bakal dirisik.


Nas, 27, berkata, adalah tidak manis baginya untuk bercakap mengenai perkara itu kerana dia bimbang akan dipandang serong oleh sesetengah pihak.

Nas mengulas mengenai laporan akhbar yang mendedahkan Jamal berhasrat untuk memperisterikannya dan rombongan merisik bakal berlangsung dalam waktu terdekat ini.

Dalam perkembangan sama, Nas tidak menafikan hubungan mereka semakin rapat sejak penyanyi terkenal itu mengundangnya bersama-sama menjayakan 'Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah - P. Ramlee Dalam Kenangan’ di Istana Budaya pada 30 Mei hingga 2 Jun lalu.

Jelas Nas, sejak itu dia sering di undang untuk mengadakan persembahan bersama Jamal selain selesa berkawan dengan lelaki berusia 54 tahun itu.

Dalam pada itu, Nas berkata, laporan yang mengatakan dia memutuskan hubungan dengan penyanyi Aliff (AF) adalah tidak benar kerana keputusan untuk berpisah dibuat secara bersama.

Jelas Nas, hubungan mereka masih baik selain menganggap mereka sudah tiada jodoh.

Sementara itu, Jamal menerusi pembantu peribadinya meminta sedikit masa untuk menjelaskan mengenai khabar angin mengenai majlis merisik yang akan diadakan itu.

Apa pun, jika benar Datuk Jamal ingin melamar Nas Adila untuk dijadikan sebagai teman hidupnya.... pastinya penyanyi wanita itu akan bertukar title... Datin Nas Adila....

No comments: