Thursday 7 November 2013

LELAKI LGBT ......

Lelaki-lelaki ini semuanya berkarisma, berkerjaya, dan mengecapi apa yang mereka impikan. Jika anda melihat secara kasar, memang sah, tubuh badan dan penampilan mereka tak lari seperti lelaki sejati yang lain. Namun, sebenarnya mereka  pada asalnya adalah dilahirkan sebagai 'perempuan'.

Balian Buschbaum

Balian Buschbaum dilahirkan pada tahun 1980 sebagai Yvonne Buschbaum. Pada tahun 2008, dia secara sah telah menukar nama dan menjalani pembedahan penukaran jantina untuk menjadi lelaki. (link)


Ian Harvie

Ian Harvie merupakan seorang pelawak Amerika yang sering menggunakan 'pakej' transeksualnya untuk menghidupkan wataknya dalam lakonan. Dia juga sangat popular di kalangan komuniti LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender). (link)
 

Ryan Sallans

Dilahirkan sebagai Kimberly Ann Sallans, kini beliau merupakan salah seorang dari golongan LGBT yang kuat mempertahankan hak LGBT. Aktif dalam menyebarkan fahaman serta kesedaran orang ramai terhadap golongan LGBT dan pernah muncul dalam rancangan Larry King Live dan kerap muncul dalam majalah-majalah popular. (link)


Lucas Silveira

Dilahirkan di Kanada pada 1979 sebagai Lilia Silveira, Lucas merupakan golongan LGBT yang pertama mencipta nama dalam kumpulan rock. Lucas Silveira merupakan vokalis, gitaris, dan penulis lagu dalam kumpulan The Clicks. Difahamkan bahawa dia tidak mengambil hormon lelaki kerana tidak mahu mengubah suaranya. 


Katastrophe

Rocco Kayiatos juga dikenali sebagai Katastrophe merupakan hi-hop rapper Amerika dan juga seorang produser. (link)


Buck Angel

Pembikin filem ini merupakan ikon dalam komuniti LGBT. Pernah memenangi Adult Video News Award "Transsexual Performer of the Year" pada tahun 2007. Dia kini bekerja sebagai advocate, pendidik, pensyarah, dan penulis serta mempunyai syarikat produksi sendiri. (link)


Loren Cameron

Loren Rex Cameron merupakan seorang photographer, penulis, dan aktivis traseksual. Dia suka mengambil fotonya sendiri dan telah mendokumentasikan transisi psikologikal dirinya sendiri daripada seorang perempuan yang menjadi lelaki. (link)


Thomas Beatie

Dia mendapat perhatian dunia setelah menjadi 'lelaki' pertama yang mengandung. Dilahirkan sebagai wanita, Beatie menjalani kehidupannya sebagai lelaki sehingga usia pertengahan 20an. Kemudian dia mula mengambil hormon lelaki tetapi mengambil keputusan untuk mengekalkan organ seks wanitanya supaya dapat melahirkan anak.

sumber : Oddee.,E.

No comments: