Thursday 7 November 2013

KENAPA DENGAN NOH OMAR NI.... GILA KUASA ? BODOH ?


Pada 12 Oktober 2013 Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri Bahagian Sepang telah mengadakan persidangan mereka sepertimana yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi UMNO.

Bagaimanapun selepas selesai persidangan kedua-dua sayap tersebut ada pihak-pihak yang tidak berpuashati telah membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO Selangor.


Hasil daripada aduan tersebut telah membuatkan Persidangan Pergerakan Pemuda Umno dan Persidangan Pergerakan Puteri Bahagian Sepang pada 12 Oktober 2013 dibatalkan. 

Surat pembatalan ditandatangani oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar.

Surat itu dihantar ke Pejabat Umno Bahagian Sepang pada 18 Oktober 2013 jam 4.21 petang melalui faksimili. Tempoh surat itu dihantar kira-kira lebih kurang 16 jam sebelum UMNO Bahagian Sepang mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian Sepang. Iaitu pada 19 Oktober 2013 jam 8 pagi.



Persolannya di sini , dari manakah Noh Omar mendapat kuasa untuk membatalkan Persidangan Pemuda dan Puteri Bahagian Sepang ? Kuasa membatalkan persidangan sesebuah bahagian terletak di tangan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat.

Namun dek kerana sikap gilakan kuasa dan bodoh tidak boleh diajar Noh Omar tanpa segan silu dalam surat tersebut menyatakan beliau mendapat kuasa yang diperturunkan oleh Majlis Tertinggi Umno Malaysia.

Jika beliau mendapat kuasa yang diperturunkan oleh Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, kenapa tidak dinyatakan fasal berapakah perkara tersebut dinyatakan dalam Perlembagaan UMNO ?

Jika perkara tersebut tidak dinyatakan dalam perlembagaan, dimanakah surat kuasa daripada Majlis Tertinggi UMNO yang diperturunkan kepada Noh Omar ? Kenapa ia tidak disertakan bersama dengan surat pembatalan Persidangan Pemuda dan Puteri Sepang ?

Saya mempunyai asas untuk mengatakan Noh Omar seorang yang bodoh dan gila kuasa. Dek kerana kebodohannya itu ianya boleh membawa bala kepada UMNO Malaysia jika ada ahli bahagian Sepang mengadu kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan. Saya sebagai seorang ahli UMNO Bahagian Sepang yakin perkara ini akan berlaku jika UMNO Malaysia tidak mengambil tindakan menyelesaikan perkara ini.

Anda rujuk kepada surat-surat yang dilampirkan dan salinan Perlembagaan UMNO sebagai bukti Noh Omar seorang yang bodoh.

Jika dilihat kepada surat yang dilampirkan ianya kelihatan sama kerana kedua-duanya mempunyai nombor rujukan yang sama - Bil:dlm.UMNO.SEL.13.(2013).

Sedangkan surat-surat dibawah berbeza satu sama lain. Satu surat untuk Pergerakan Pemuda dan satu surat untuk Pergerakan Puteri. Disini pun sudah nampak kebodohan Noh Omar yang pertama. Bagaimana surat untuk dua pihak atau perkara yang berbeza boleh menggunakan nombor rujukan yang sama ?

Perkara nombor 1 di muka surat 2 dalam kedua-dua surat berkenaan menyatakan seperti berikut;

Sepuluh (10) wakil yang dipilih dalam mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO pada 12 Oktober 2013 menurut fasal 14.4.3 Perlembagaan UMNO adalah hilang haknya dan tidak dibenarkan mewakili Pemuda UMNO Bahagian ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 19 Oktober 2013.

Sepuluh (10) wakil yang dipilih dalam mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO pada 12 Oktober 2013 menurut fasal 14.4.3 Perlembagaan UMNO adalah hilang haknya dan tidak dibenarkan mewakili Puteri UMNO Bahagian ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 19 Oktober 2013.
Ianya bermaksud wakil kumpulan 10 (G 10) yang dipilih oleh Pemuda dan Puteri pada persidangan mereka 12 Oktober 2013 untuk ke Mesyuarat Bahagian tidak boleh mewakili sayap masing-masing ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian yang akan diadakan pada 19 Oktober 2013.

Noh Omar menggunakan fasal 14.4.3 Perlembagaan UMNO. Sekali lagi kebodohan Noh Omar terserlah. Fasal 14.4.3 Perlembagaan UMNO adalah tidak kena mengena sama sekali dengan apa yang dinyatakan oleh Noh Omar.




Fasal 14.4.3 Perlembagaan UMNO berbunyi seperti berikut;
Ketua Cawangan yang cawangannya telah mengadakan persidangan bagi tahun berkenaan. Ketua cawangan yang menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian berhak melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Cawangan.
Noh Omar bercakap mengenai wakil G 10 yang tidak dibenarkan menghadiri Mesyuarat Bahagian, kemudian digunanya fasal berkenaan Ketua Cawangan. Itulah bukti kebodohan bertingkat-tingkat Noh Omar.

Dalam hal ini Noh Omar bukan sahaja tidak mempunyai kuasa membatalkan Persidangan Pemuda dan Puteri, malah tidak boleh menghalang wakil G 10 Pemuda dan Puteri menghadiri Mesyuarat Bahagian.

Fasal 14.4 dibaca bersama dengan 14.4.5 yang berbunyi seperti berikut;
Perwakilan Bahagian hendaklah terdiri daripada tidak lebih daripada sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Wanita, sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Pemuda dan sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Puteri yang dipilih Bahagiannya masing-masing.
Ianya jelas menyatakan setiap Mesyuarat Bahagian hendaklah dihadiri 10 wakil Pemuda dan 10 wakil Puteri.  Apabila perkataan hendaklah digunapakai ianya membawa maksud wajib atau tidak boleh tidak. 




Dalam hal ini jelas Mesyuarat Perwakilan Bahagian Sepang pada 19.Oktober.2013 adalah tidak sah kerana ianya tidak diwakili oleh 10 wakil Pemuda dan 10 wakil Puteri.

Noh Omar dalam surat-suratnya yang bertarikh 18.Oktober.2013 kepada Setiausaha UMNO Bahagian Sepang, diperenggan ketiga muka surat pertama kedua-dua surat berkenaan menyatakan seperti berikut;

Sehubungan itu, Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sepang hendaklah diadakan semula pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Sehubungan itu, Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sepang hendaklah diadakan semula pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh Badan Perhubungan UMNO Selangor.
Disini sekali lagi Noh Omar menunjukkan kebodohannya yang gagal memahami Perlembagaan UMNO. Dalam Perlembagaan UMNO (Peraturan Pergerakan Pemuda Umno) (Peraturan Pergerakan Puteri UMNO) , fasal 14.1 secara jelas menyatakan seperti berikut;
Fasal 14.1 (Peraturan Pergerakan Pemuda UMNO) – Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian hendaklahdiadakan setahun sekali dan lebih dahulu daripada Mesyuarat Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian.

Fasal 14.1 (Peraturan Pergerakan Puteri UMNO) - Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian hendaklahdiadakan setahun sekali dan lebih dahulu daripada Mesyuarat Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian.
Ia bermaksud, mesyuarat sayap-sayap hendaklah diadakan terlebih dahulu atau diselesaikan terlebih dahulu sebelum Mesyuarat Bahagian diadakan.

Dalam kes di Sepang perlanggaran perlembagaan berlaku secara terang-terangan. UMNO Bahagian Sepang telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan mereka pada 19.Oktober.2013, sedangkan Pemuda dan Puteri belum bermesyuarat hingga kini.

Jika Noh Omar seorang yang tidak bodoh dan beliau ada kuasa yang ‘diwahyukan’ oleh Majlis Tertinggi UMNO, sepatutnya pada 18.Oktober.2013 beliau menghantar surat kepada Setiausaha UMNO Bahagian Sepang meminta supaya UMNO Bahagian Sepang menangguhkan dahulu Mesyuarat Bahagian mereka pada 19.Oktober.2013. Ini bagi membolehkan Pemuda dan Puteri Umno Sepang menyelesaikan mesyuarat mereka terlebih dahulu.

Dimanakah datangnya ‘kuasa’ Noh Omar menjatuhkan hukuman..? Dalam surat ada menyebut ‘terdapat perletakan jawatan 2/3AJK Puteri Bahagian’, sedangkan Ketua Puteri yang baru terpilih belum pun melantik jawatankuasa penuh….

Begitulah juga kita melihat bagaimana ‘rakus’ dan ‘gelojohnya’ Noh Omar membuat tindakan bodoh membuta tuli, beliau menyatakan dalam surat tersebut kepada Pemuda dan Puteri “Mesyuarat Timbang Tara telah diadakan” sedangkan kedua-duanya Ketua Pemuda dan Ketua Puteri langsung tidak dipanggil membela diri….

Majlis Tertinggi UMNO Malaysia perlu memandang serius kes yang berlaku di Sepang ini. Kerana di Sepang sekarang perkara ini boleh diibaratkan seperti api dalam sekam yang akan menyala bila-bila sahaja. Jangan biarkan Noh Omar terus menerus dengan kebodohannya kerana kelak ianya boleh mendatangkan masalah kepada UMNO. Apa yang dilakukan oleh Noh Omar terang-terang melanggar Perlembagaan UMNO.

Mesyuarat UMNO Bahagian Sepang yang diadakan pada 19 Oktober 2013 terang-terangan tidak sah. Jika tidak diadakan persidangan semula, kedudukan perwakilan UMNO Bahagian Sepang ke Persidangan Agung UMNO Malaysia juga tidak sah. Ini boleh membuatkan PAU juga tidak sah....!!


Jalan terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengadakan semula Mesyuarat Bahagian Sepang yang diseliakan oleh UMNO Malaysia. Dikedudukan ini juga adalah wajar untuk Presiden UMNO mengkaji semula kedudukan Noh Omar sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Bagaimana beliau hendak pegang jawatan itu jika beliau sendiri pun tidak tahu dan tidak faham Perlembagaan UMNO.

Rasanya tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang pemimpin UMNO yang mengeluarkan arahan menggunakan fasal yang langsung tidak ada kena mengena dengan arahan yang dikeluarkan.   

Sekian
Ahli Umno Bahagian Sepang

Kredit to : sumber

No comments: