Thursday, 10 October 2013

( VIDEO DAN FOTO ) : RIBUT DAN BANJIR DI ARAFAH

ribut 1

Hujan lebat dan kejadian ribut yang melanda Arafah petang semalam bukan dianggap sebagai fenomena pelik kerana warga khususnya di Madinah dan Makkah melakukan solat hajat memohon agar hujan turun.


Ditambah pula dengan cuaca yang panas terik, maka permohonan itu memang satu fenomena biasa bagi umat Islam yang berada di Tanah Suci.

Krew Perak Today berkesempatan merakam insiden selepas banjir di Arafah.

Menurut Ketua Rombongan Haji TH, Datuk Syed Saleh, fenomena itu bukanlah pelik dan sememangnya pada setiap kali musim haji, warga di sini khususnya di Madinah dan Makkah melakukan solat hajat memohon agar hujan turun.



Namun begitu, kejadian hujan lebat, ribut dan banjir tidak menjejaskan jemaah haji disebabkan mereka belum berangkat ke Arafah kerana masih belum masuk waktu berwuquf.
Malah kesemua jemaah masih lagi menetap di Makkah dan hanya akan bergerak ke Arafah pada 13 Oktober nanti.
Oleh itu, rakyat di Malaysia tidak perlu mempercayai khabar angin yang menyatakan ramai jemaah sudah terkandas di Arafah.
Tinjauan team media TH mendapati kerja-kerja pembersihan dan pemasangan semula khemah sedang giat dijalankan.
Rakyat Malaysia diharap dapat mendoakan agar segala urusan jemaah haji di Makkah dapat dipermudahkan oleh Allah SWT.
Saksikan lebih banyak foto foto menarik Perak Today, klik SINI

No comments: