KOTA KINABALU - Sebuah pesawat Twin Otter MASwings mendarat di luar landasan di Kudat, 190km timur laut dari sini hari ini, dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah melaporkan enam orang cedera, tiga daripadanya parah.
Kenyataan jabatan itu menyebut 10 orang lagi diberikan rawatan pesakit luar di Hospital Kudat selepas pesawat itu menjunam di Kampung Sinsan pada 2.54 petang.
Malaysia Airlines (MAS), dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, mengesahkan bahawa Penerbangan MH3002 dari Kota Kinabalu ke Kudat itu terbabit dalam nahas.
"Tiada kematian dilaporkan setakat ini," menurut kenyataan itu.

Kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah menjelaskan 11 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan tentang nahas itu.
Menurut jadual penerbangan MASwings dalam laman webnya, terdapat satu penerbangan dari Kota Kinabalu pada 2.05 petang yang dijadual tiba di Kudat kira-kira 40 minit kemudian.
Terdahulu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy Ramin berkata di Kota Kinabalu pesawat itu dinaiki 16 orang, dan menjunam di Kampung Sinsan, Kudat.

"Kesemua mereka berjaya dibawa keluar dari pesawat dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan perubatan," katanya kepada Bernama.
Punca kemalangan itu masih disiasat, katanya.
Menurut kenyataan MAS: "Malaysia Airlines akan terus memantau keadaan di lokasi kemalangan dan memaklumkan perkembangan terkini."
Sementara itu Anggota Parlimen Kudat Datuk Abdul Rahim Bakri mahu Jabatan Penerbangan Awam membuat siasatan segera berhubung kejadian itu.
"Saya difahamkan kejadian berlaku akibat angin kencang ketika pesawat itu mendarat dan tersasar dari landasan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Abdul Rahim, yang juga Timbalan Menteri Pertahanan, berkata Pejabat Parlimen Kudat akan mengambil langkah sewajarnya untuk membantu mangsa terbabit. - Bernama

Seorang Penumpang Twin Otter Disahkan Meninggal Dunia
KUDAT 10 Okt. – Salah seorang daripada penumpang pesawat Twin Otter yang terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Kudat di sini petang ini meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kudat.
Mangsa dikenal pasti sebagai Tan Ah Chai, 96, manakala tiga lagi dilaporkan parah termasuk juruterbang dan pembantu pesawat itu. – UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment