Thursday 10 October 2013

POLIS TANGKAP GURU MENYAMAR JADI POLIS


Polis menahan seorang guru yang menyamar sebagai anggota polis dan merampas sepucuk pistol tiruan ketika lelaki itu cuba memperdaya dua lelaki warga Bangladesh di sebuah hotel butik di Dengkil, dekat sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata lelaki itu ditahan dalam Ops Cantas Khas di kawasan itu kira-kira 10.30 malam.

Beliau berkata selain pistol tiruan, polis turut merampas sebuah beret yang mempunyai logo Polis Diraja Malaysia (PDRM), alat walkie-talkie, dua bilah pisau, kad kuasa polis yang palsu dan rantai bertulis nama 'ASP Izani' daripada suspek.

"Siasatan lanjut mendapati suspek berumur 36 tahun dan merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah di Putrajaya," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Rabu.

Mohd Shukri berkata polis sedang menyiasat kemungkinan suspek mempunyai kaitan dengan kes-kes lain membabitkan individu menyamar anggota polis.

Katanya suspek ditahan reman sehingga 12 Okt ini untuk siasatan....SUMBER

No comments: