Tuesday, 8 October 2013

SYAMSUL YUSOF TERSINGGUNG BAHASA KASAR SHARIFAH AMANI DI TWITTER...???

Kita baru sahaja dikhabarkan dengan berita gembira mengenai sambutan terhadap filem terbaru arahan Syamsul Yusof, KL Gangster 2 dimana filem itu sudah berjaya mengutip lebih RM3 juta dalam masa lima hari tayangan walaupun berdepan pelbagai masalah sebelum disiarkan.

Tiba-tiba ia dihangatkan dengan kenyataan oleh seorang pelakon wanita yang seperti terasa hati dan menganggap industri perfileman tempatan berat sebelah.
Kenapa? Kerana filem KL Gangster 2 yang sarat dengan aksi ganas dan bermacam lagi hanya diklasifikasikan 13PL sedangkan ada filem lain yang ada darah sikit pun sudah diklasifikasikan 18PL. Pelakon berkenaan adalah Sharifah Amani yang meluahkan ketidakpuasan hatinya itu menerusi laman Twitter. Bagi beliau, itu menunjukkan seolah-olah ada layanan tidak sama rata yang diterima di dalam industri.

twit amani

Memetik laporan Ohbulan, Syamsul Yusof memberi respon kepada luahan Amani juga di Twitter sambil mengheret nama ibu Amani sekali, Fatimah Abu Bakar. Syamsul telah menganggap tindakan Amani yang seakan memerli karyanya di Twitter sebagai kurang ajar dan tidak berbudi bahasa.

twitter-syamsul-yusof

Amani bagaimanapun membalas semula kata-kata Syamsul dengan menjelaskan bahawa kemaskininya di Twitter sebelum ini bukan bersikap peribadi dan sempat memohon maaf sekiranya Syamsul tersinggung.
twitter-sharifah-amani
twitter sharifah amani
p/s: Betul juga apa kata Sharifah Amani tu. Harap pihak berkenaan jangan pilih kasih bab seperti ini. Buat Syamsul, anda adalah pengarah yang hebat dan tak perlu terasa hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Sharifah Amani.
- ammboi.com

No comments: