Tuesday, 8 October 2013

KERETA JIMMY SHANLEY RENTUNG DI LADANG SAWIT


IPOH  -  Kereta model Chevrolet hitam yang dipercayai milik selebriti tanah air, Jimmy Shanley Norhajan Saleh, 33, ditemui dalam keadaan rentung oleh orang awam berhampiran Batu 5 1/2, ladang kelapa sawit Kota Bahru, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar menerima maklumat lebih kurang jam 7.30 pagi selepas mendapat panggilan daripada orang awam.

Menurutnya, sepasukan anggota peronda yang dikejarkan ke tempat kejadian menemui kereta berkenaan yang dilaporkan hilang di Simpang Pulai kira-kira tujuh jam yang lalu.

“Pihak kami bertindak mengenal pasti nombor casis pada kenderaan tersebut dan melakukan semakan susulan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengetahui pemiliknya,” katanya.

Kong Soon berkata, kereta itu sebelum ini dilaporkan hilang malam semalam di Simpang Pulai, sebelum laporan dibuat Jimmy di Balai Polis Simpang Pulai.

Katanya, setakat ini polis tidak menemui sebarang objek yang digunakan suspek untuk membakar kenderaan tersebut dan tiada barang milik mangsa yang terselamat dalam kejadian itu.

“Kes tersebut kini diambil alih oleh IPD Ipoh dan Jimmy akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan dalam masa terdekat,” katanya.  -  SiharHarian

No comments: