Tuesday 8 October 2013

PUJI KETUA MENTERI MELAKA : KETUA PEMBANGKANG LETAK JAWATAN

alt

KUALA LUMPUR 8 Okt  -  Ketua Pembangkang Melaka, Goh Leong San (gambar) mengumumkan perletakan jawatannya ekoran rakan dalaman parti menyoal pujian yang diberikan beliau kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Goh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong (DAP) berkata, kritikan oleh Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Lai Kuen Ban (Kota Laksamana) memaksa beliau meletakkan jawatan ekoran tidak lagi boleh mewakili pakatan pembangkang negeri.

Konflik dalaman pembangkang bermula selepas Goh menyampaikan usul berterima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Melaka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau dipetik sebagai berkata, Idri seorang individu yang berpengetahuan luas, banyak membaca dan sistematik.

No comments: