Saturday 26 October 2013

SUSPEK TEMBAK MATI PEGAWAI AMBANK, LARIKAN RM450K, MYKAD PALSU.....

Tembak Pegawai Ambank: Suspek Larikan RM450,000, Tiga Ahli Keluarga Warga Indonesia Ditahan, Guna MyKad Palsu - Terbakor

Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di Ambankcawangan Subang Jaya Rabu lepas, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Bagaimanapun, polis berjaya mendapatkan semula wang kira-kira RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek, termasuk seorang wanita, berikutan serbuan di sebuah kedai di Subang Jaya pada Rabu.
“Dua daripada mereka yang ditahan bekerja sebagai pengawal keselamatan dan mereka juga menggunakan MyKad palsu.
“Semua mereka yang ditahan adalah warga asing, dipercayai warga Indonesia,” kata beliau sambil menambah, ketiga-tiga mereka tidak mempunyai dokumen yang sah.
Beliau memberitahu sidang akhbar bahawa suspek utama, bersama-sama dengan kedua-dua pengawal keselamatan lain yang ditahan telah bekerja di Malaysia selama kira-kira dua tahun.
Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.
Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek  -  Mstar

No comments: