Saturday, 26 October 2013

JUSTIN BIEBER TERBUNUH KEMALANGAN KERETA..???


Aku tak taulah sama ada berita tersebut betul atau sekadar khabar angin sahaja. Kalau anda boleh mengesahkannya, sangat dialu2kan.... 


Melalui GLOBAL ASSOCIATED NEWS dilaporkan bahawa Justin Bieber telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Route 80 antara Morristown dan Roswell. Beliau telah disahkan mati di tempat kejadian oleh paramedik kemalangan kenderaan dan telah dikenal pasti melalui kad pengenalan  yang ditemui  pada tubuhnya. Paramedik juga menyatakan tiada kesan ubat dan alkohol pada badan mangsa yang mungkin menjadi faktor dalam kemalangan ini.

Penyiasat Keselamatan Lebuhraya telah memberitahu pemberita bahawa Justin Bieber hilang kawalan semasa memandu kenderaan rakan di Interstate 80 dan kereta berkenaan telah terbalik dan berpusing beberapa kali sehingga menyebabkan beliau mati serta merta di tempat kejadian. Kenderaan itu dipercayai telah bergerak pada kira-kira 95 batu sejam dalam zon 55mph pada masa kemalangan.

Saksi telah memberitahu bahawa kereta Justin Bieber melintasi garisan berkembar beberapa kali sebelum kemalangan dan melanggar tembok pembahagi jalan yang  menyebabkan kenderaan mangsa terbalik dan berpusing.Ujian toksikologi akan dilakukan untuk menentukan sama ada beliau telah memandu di bawah pengaruh  daha atau pun alkohol.  Bagaimanapun,  penemuan awal menunjukkan bahawa atau dadah dan alkohol bukan penyebab pada kemalangan ini kerana ia adalah lebih cenderung keadaan jalan raya.

Majlis pengkebumian  untuk Justin Bieber belum diumumkan dan dijangkakan majlis diadakan secara tertutup disebabkan trauma yang  ini dijangka menjadi pengebumian keranda tertutup disebabkan oleh trauma yang teruk.

Walaubagaimana pun, kesahihan berita ini masih belum dipastikan. Ini kerana terdapat laporan beliau bukan mati disebabkan kemalangan.

No comments: