Tindakan pihak gereja mengeluarkan surat perintah pengosongan sekolah itu bermula 31 Disember depan, dikatakan dibuat tanpa pengetahuan ibu bapa.
Notis kepada pelajar Pengerusi Badan Bertindak Sekolah St Thomas, K Uma Selvam, berkata Kementerian Pendidikan tidak pernah memaklumkan kepada ibu bapa mengenai arahan pengosongan sekolah itu dan mendakwa mengetahui melalui notis diedarkan kepada murid.
“Perkara itu mengejutkan kami dan ia tidak sepatutnya berlaku. Jika mereka mahu mengeluarkan arahan seperti ini sekali pun, sepatutnya kena keluarkan notis lebih awal bagi memudahkan kami.
“Banyak perkara perlu diambil kira dan ia bukan sesuatu yang mudah kerana ini adalah sekolah yang mempunyai bilangan murid yang ramai.
“Kalau mahu kosongkan, kita ingin tahu, ke mana anak kami akan ditempatkan selepas ini.
“Pendirian kami dalam hal ini adalah jelas, jika mahu pindahkan, kami mahu semua guru yang mengajar di sini ikut ke sekolah baru. Kami mahu kekalkan kualiti dimiliki dan sudah pasti ini adalah perkara penting demi masa depan anak kami,” katanya.
Uma Selvam berkata, isu sekolah berkenaan sudah berlarutan sejak 10 tahun lalu dan Kementerian Pendidikan perlu mengambil langkah lebih proaktif untuk menyelesaikannya. BH
1 comment:
Ni lah yang jadi apabila JPN Dan KPM berpegang tegus dengan ego yang tah mana Dan siap a yang ajar Sulaymaniyah tidal berunding dengan phial tuan tanah
Post a Comment