Sebagai sama-sama duduk di dalam jemaah tidak seharusnya beliau jadi begitu out spoken sehingga butir bicaranya boleh melukai hati pihak lain. Rasulullah sangat melarang daripada umatnya menyakiti hati orang lain. Banyak hadis mengenai hal ini, carilah dan google sendiri.
Memang menjadi hak beliau bercakap untuk mempertahankan resolusi Multaqa Ulama se-Malaysia, tetapi janganlah memberi nasihat sampai tuan badan dan penyokongnya boleh terasa hati. Kadang-kadang sesebuah negara besar itu boleh berperang kerana kesilapan sepatah ucapan dan kata sahaja.
Khairuddin tidak perlu direct menasihat (apologis) kepada Mat Sabu dengan berkata; “Timbalan Presiden PAS sekarang seorang pemimpin yang hebat. Cuma barang kali yang kurang adalah fakih (mendalami) soal agama."
Justeru katanya; "Kita mencadangkan saja, maka dia (Mohamad Sabu) tidak perlu rasa hati dengan resolusi kami." Kenapa sampai sebut namanya begitu sekali. Soal fakih atau tidak saya kira subjektif sebab ilmu Islam itu sangat luas dan tidak terbatas kepada ilmu kalam dan syahadah semata-mata.
Lebih mengejutkan lagi beliau juga dipetik sebagai berkata di dalam majlis syura hari ini semuanya ulama dan fakih agama. Kalau benar pun tidak perlu mengaku kerana ia takbur dan riak. Apakah kedudukan atau makam itu menjamin kepada kemenangan perjuangan? Atau apakah sudah dipastikan bahawa ulama di dalam dewan itu terjamin kebersihan dan kesucian dan tidak bersubahat dengan elemen mazmumah dan madiyyah? Mungkin secara kumpulan (namanya) iya tetapi tidak kepada peribadi.
Ingin saya jelaskan kepada Khairudin, PAS adalah parti politik yang ikut sama bermain 'politik' menggunakan matlamat menghalalkan cara. Machivelisme turut diamalkan dalam PAS, tidak boleh tidak. Jadi, dalam konteks ini ulama yang fakih agama tidak mencukupi untuk meraih kemenangan. Sebuah kenderaan yang cantik belum tahu ketahanan kuasa enjin jika tidak diuji.
Dalam politik atau apa-apa gerakan ia memerlukan seorang ahli yang profesional yang arif mengenai selok belok politik, tahu mengatur taktik dan strategi untuk berdepan dengan musuh. Politik dan kuasa tidak akan menang dengan hanya membaca ayat Quran dan hadis atau doa. Apa lagi apabila berdepan dengan orang kufur dan munafik, kecanggihan strategi dan kekuatan fizikal diperlukan.
Selalu saya melihat perjuang Islam gemar beretorik dengan sejarah masa lampau. Dengan kejayaan hebat masa lampau terutamanya yang dipimpin oleh para mujahid seperti Ahmad al-Fateh, atau di zaman Rasulullah, Ummar Khattab, Walid al-Walid dan lain-lain. Selalu menjadikan para wali sebagai penyala sumbu perjuangan. Tetapi lupa mengkaji di sebalilk kejayaaan itu bagaimana perancangan dan stretagi yang dilakukan kerana musuh tidak akan berundur dengan doa tanpa melibatkan fizikal. Manakala kehebatan para wali pula bukan sesuatu yang bersifat nyata melainkan ia hanya spritual saja. PAS tidak boleh mengambil 'sunnah' itu.
Maaf saya, orang yang mengaku ulama dalam PAS sangat naif strategi politiknya. Kejayaan yang mereka capai pada eranya banyak dibantu oleh golongan profesional. Hakikat ini kena sedar dan insaf. Kalau tidak percaya boleh dibuat testimoni, cuba sekali PAS menghadapi pilihan raya hanya dengan berdoa, bermunajat dan bersolat hajat sahaja. Jangan ada strategi dan taktikal. Cubalah.
Berbalik kepada nasihat dan signal kepada Mat Sabu agar tidak terasa hati, tidak baik berbuat begitu. Kalaupun Mat Sabu tidak ulama dan fakih agama, bukan cara bercakap langsung begitu. Ia menunjukkan kita kurang berhemat dan berdiplomasi atau sengaja meremehkan orang lain. Bukankah perbuatan itu sangat keji? Khairuddin harus cermat dalam mengeluarkan kata-kata pada masa akan datang.
Justeru Khairuddin kena memohon maaf atau menarik balik kata-kata langsungnya kepada Mohamad Sabu itu. Sebelum orang lain juga menjadi tajam kepada kita, sampai terlanjur menyebut hal tidak elok mengenai kita, elok Ahli Parlimen Hulu Nerus itu berbuat apa yang saya sebutkan ini. Saya sangat yakin Khairuddin juga mempunyai banyak hal yang tidak manis untuk disebut.
Walaupun Mat Sabu bukan ulama dan fakih agama dia dipilih oleh perwakilan PAS. Dia seperti Khairuddin kata, dia adalah timbalan yang sah. Mat Sabu mungkin benar tidak fakih tentang agama tetapi siapa boleh persoal pengorbanan dan jasanya kepada PAS. Keimannya kental dia sudah keluar masuk penjara beberapa kali kerana berjuang. Setidak-tidaknya Mat Sabu diuji beberapa kali, berbanding dengan golongan mengaku ulama apa lagi Khairuddin tidak pernah usahkan digari melihat gari pun belum.
Sebuah firman dalam surah al-Ankabur: ayat 2: Allah berfirman; “Jangan kamu menyangka kamu sudah beriman sedangkan kamu belum diuji.”
– msomelayu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment