Memang serba meragukan bagaimana pegawai-pegawai di RTM yang bertanggungjawab dalam hal pembekalan, tiba-tiba jadi buta perut dan langsung tidak tahu apa yang sedang berlaku di luar dari kawasan Angkasapuri.
Bayangkanlah bagaimana pegawai-pegawai berkenaan membuat keputusan untuk membeli sebuah mesin pengimbas kertas yang sepatutnya berharga dalam lingkungan RM200 lebih tetapi membayar pada harga RM14,000 lebih sepertimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Menteri yang berkaitan telah memberi kebenaran kepada SPRM untuk masuk dan melakukan siasatan berhubung perkara berkenaan.
Sepatutnya bukan bagi kebenaran tapi MEMINTA DAN MEMAKSA SPRM masuk ke RTM untuk menyiasat pegawai buta perut itu mengapa scanner yang dibelinya terlalu mahal. Adakah scanner berkenaan sebenarnya boleh digunakan untuk MRI dan CT scan juga selain daripada mengimbas kertas?
Laporan Ketua Audit Negara telah membuktikan ketirisan yang dilakukan oleh kakitangan awam terutama sekali yang terlibat dalam membuat dan meluluskan sebarang pembekalan dan sebut harga.
Seharusnya ia menjadi petunjuk dan peluang kepada SPRM untuk masuk mana-mana bahagian atau Kementerian atau Jabatan atau Agensi yang telah melakukan penyelewengan.
Ketiadaan sebarang tindakan tegas yang menakutkan para pelaku rasuah menyebabkan saban tahun Ketua Audit Negara melaporkan ketirisan dan penyelewengan.
Walaupun mungkin ada negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang yang bijak mencantikkan akaun mereka dengan mengupah auditor luar terlebih dahulu sehingga akhirnya kesimpulan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara membabitkan negeri-negeri berkenaan bersifat Superb, SPRM seharusnya lebih giat berusaha untuk mencungkil dan mendedahkan berhubung salahlaku dan penyelewengan yang telah diberikan mekap dan hiasan kosmetik sehingga semuanya kelihatan cantim
Apatah lagi dengan penyelewengan dan salahguna serius sepertimana yang berlaku di RTM, SPRM tidak seharusnya berpangku tangan atau menunggu maklumat disuap ke mulut.
Ketirisan yang dilakukan oleh kakitangan awam tidak boleh dibela dan dilindungi sama sekali. Tidak ada istilah, sebagai menteri atau ketua setiausaha perlu menanggung perbuatan khianat anak-anak buah atau orang bawahan. Sebaliknya mereka perlu diajar setegas-tegasnya berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. SUMBER
No comments:
Post a Comment