Friday 11 October 2013

MENGENANG SENIMAN AGUNG....P.RAMLEE.....



P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu, 22 Mac 1929.Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe, Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.


Bapa P.Ramlee


Ibu P.Ramlee

P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.Semenjak di bangku sekolah lagi, P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni, terutamanya dalam seni muzik.Di Penang Free , P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.


Pada tahun 1964, P.Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di Studio Merdeka milik Merdeka Film Produkction di Hulu Kelang.  Sepanjang hayat P.Ramlee telah berlakon kira-kira 66 buah filem, mengarah 37 buah filem dan mencipta sebanya 250 buah lagu.


Namun, setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Pada awal pagi Selasa bersamaan dengan 29 April 1973, P.Ramlee telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan sakit jantung ketika berusia 44 tahun.  Beliau meninggal dunia di dalam ambulans sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.


Walaupun beliau sudah lama meninggalkan alam yang fana ini, jasa dan baktinya dalam arena seni sentiasa kekal dalam ingatan.  Pada 6 Jun 1990, Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-9 telah menganugerahkan beliau bintang Darjah Panglima Setia Mahkota (DPSM) yang membawa gelaran Tan Sri.



Solat jenazah P.Ramlee...







Foto ini dikatakan foto terakhir P. Ramlee yang diambil beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia.


Hari ini.... Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) mengadakan majlis tahlil untuk menyempurnakan peletakan batu nisan pusara seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan seniwati negara Allahyarham Puan Sri Saloma di Tanah Perkuburan Jalan Ampang di sini hari ini.

Baca seterusnya... DI SINI

Kedua-dua pusara itu dibaik pulih menggunakan batu marmar dari Itali, dengan kos berjumlah RM25,000, yang ditanggung bersama oleh Finas dan Astro.



Al-Fatihah...... Semoga roh beliau di tempatkan bersama orang-orang yang beriman....

No comments: