Mukadepan Google yang digodam |
Laman web Google.com.my sekali lagi menjadi mangsa godaman berdasarkan pemalsuan Sistem Nama Domain (DNS) seperti yang berlaku awal Julai lepas.
Kali ini Google Malaysia digodam penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakistani Hacker dengan nama kod 1337 dipercayai daripada pasukan godaman Team Madleets.
Muka depan utama laman web Google Malaysia ditukar kepada momokan pasukan godaman tersebut malah turut diselitkan dengan lagu seram yang menjengkelkan selama dua jam.
Kaedah menukar DNS ini seakan menjadi mudah dilakukan melalui agensi yang bertanggungjawab melindungi domain negara, MYNIC Berhad. Pada 1 Julai lepas, lebih 100 laman web dengan alamat domain ‘.com.my’ dan ‘.MY’ digodam untuk tempoh yang lama oleh kumpulan penggodam yang dikenali sebagai TiGER-M@TE.
Antara laman web utama yang terjejas ketika itu termasuklah Google, Dell, Microsoft, MSN Malaysia, Bing, and Kaspersky. Laman utama laman web berkenaan ditukar dengan teks ‘Helo Malaysia, anda rasa anda lebih maju dari kami? Hormati pekerja kami, kami akan hormati anda. Berurusan sejak 2007”. Ketika itu, MYNIC mengesahkan terdapat masalah dalam sistem mereka yang diracun.
Dalam kenyataannya, MYNIC memaklumkan terdapat perubahan haram yang dilakukan dalam maklumat pelayan domain tanpa persetujuan pemilik domain tersebut yang mengakibatkan laman web disambungkan ke laman lain.
MyNIC juga mengesahkan, perubahan haram tersebut menyebabkan beberapa kes dilaporkan dan mula dikesan pagi 1 Julai yang pantas diambil tindakan pleh Pasukan Respon Insiden Keselamatan Komputer MYNIC (CSIRT) yang menyelesaikan isu tersebut.
Kebanyakan nama domain yang terjejas dipulihkan kembali pada jam 4.38 petang hari sama dan pihak MYNIC sedang memantau situasi dan mengambil langkah sepatutnya bagi mengelakkannya berlaku pada masa depan.
No comments:
Post a Comment