Friday, 11 October 2013

BENAR !!! AERIL ZAFRIL DAH BERNIKAH DENGAN WAWA ZAINAL DAN TELAH DIKURNIAKAN CAHAYAMATA....

aeril zafrel dan wawa nikah

Ternyata yang dikatakan gossip selama ini bukan sekadar FITNAH dan bukan sekadar cerita untuk melariskan blog atau tabloid..!!!!! Apa yang telah dipaparkan adalah...tidak ada yang benar melainkan benar belaka..... ! Yang selama ni kata balik kampung sebab berubat penyakit misteri sehingga menimbulkan kehairanan David Teo.... yang tu memang bohong!!! Betul kata David Teo : berubat penyakit misteri tetapi ada baby..nak di ziarah tak dibenarkan pulak!!! heh..!!!
Baca entry terdahulu... di sini   juga    di sini


He'eleh....apalah salahnya mengaku  dan berterus-terang jer hari tu... kan tak sudah... mengaku jugaksss!!!!! 

aeril wawa

Akhirnya segal persoalan mengenai status perkahwinan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah pun terjawab di dalam sidang media petang tadi. Menurut Aeril, mereka telah bernikah 2 kali iaitu pada 25 Februari 2012 dan 4 Februari 2013. Pernikahan pertama dibuat tanpa didaftarkan di pejabat agama.

Namun atas permintaan keluarga, mereka berdua telah bernikah buat kali kedua pada 4 Februari 2013 sebagai menghormati ahli keluarga. Kata Aeril menerusi Mstar Online:-
Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab
Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 hasil perkahwinan ini. Dengan pengakuan ini, terjawablah segal persoalan yang bermain di minda para peminat. Pasti ada sebab tertentu Aeril dan Wawa merahsiakan perkahwinan mereka ini.
Mungkin Aeril mahu periksa semula status pernikahan mereka kerana sebelum ini Aeril pernah mengumumkan yang mereka tidak pernah berkahwin. Takut-takut jatuh talak tanpa disedari. Cubalah periksa dengan orang yang lebih arif mengenai hal ini. Apa pun, jutaan tahniah diucapkan kepada Aeril dan Wawa atas perkahwinan anda. Semoga kekal bahagia sehingga ke hujung hayat. abangnara

UPDATE  :  


Sidang media yang berlangsung di Western 114, Neo Damansara, Petaling Jaya, Aeril Zafril hadir bersama Wawa, bapa Wawa, Zainal Abidin Sulong, peguam Aeril, Zulhasmi Zakaria dan pengurus Aeril, Shahriman Wahap.

Aeril Zafrel akhirnya mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami-isteri.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media.

“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.

Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua , 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.

Terdahulu, akhbar pada Ahad lalu melaporkan Aerial sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap.

Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak pada 24 Ogos lalu yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata manakala Wawa dikatakan pulang ke kampung halamannya di Sabah akibat sakit misteri.

Sebenarnya kami telah bernikah kali pertama 25 Februari 2012 dan pada waktu itu hanya mengikut hukum syarak tanpa sebarang dokumen. Kami bernikah hanya untuk menghalalkan perhubungan dan pada masa itu Wawa meminta izin daripada saya untuk tidak mendedahkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan.

Namun begitu, setelah Wawa memberitahu saya yang dia mengandung pada bulan Januari 2013, kami mengambil keputusan untuk bernikah lagi sekali dengan dia pada Februari 2013 di Masjid Datuk Harun dan pada waktu itu kami mengikut undang-undang negara. Kami juga mengikuti kursus kahwin dan daftarkan perkahwinan tersebut mengikut jalan yang betul. Kami nikah kali kedua sebab saya nak anak saya lahir nanti dia ber bin kan dengan nama saya dan bukannya ber bin kan Abdullah.

Mungkin orang beranggapan kami terlanjur tapi dari sisi agama sebenarnya anak itu memang sah di sisi agama dan Allah.

Dalam pada itu, Wawa Zainal yang turut hadir menjelaskan bahawa dia terpaksa menyembunyikan status sebenar perkahwinan mereka kerana menghormati kontrak dengan pihak pengurusannya sendiri, MIG Production.

Sebenarnya saya mengandung pada Disember 2012 tapi kami dapat tahu pada Januari 2013. Jadi pada waktu itu kami percepatkan proses kursus kahwin dan sebagainya.

Kami minta maaf kerana telah berbohong selama ini. Kami berbohong kerana bersebab. Anda juga tahu pihak pengurusan akan memarahi saya jika mereka dapat tahu saya bercinta, apatah lagi bila berkahwin. Saya berbuat macam ini sebab menghormati kontrak dan ya, saya memang takut dengan David Teo.
Selain itu, Wawa akui telah melahirkan bayi lelaki pada Ogos lalu dan buat masa sekarang ingin fokuskan kepada soal penjagaan anaknya itu. Mengenai soal penyakit misteri pula, aktres tersebut akui terkena penyakit tersebut dan melahirkan rasa syukur kerana telah pulih sepenuhnya.

No comments: