GEORGE TOWN : Seorang pelajar lelaki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau di sini mendakwa dipukul sekumpulan pelajar selain menerima ugutan bunuh awal pagi Ahad.
Pelajar yang hanya ingin dikenali sebagai Arif, 16, berkata kumpulan pelajar terbabit berdendam dengannya ekoran beliau pernah menyerahkan nama mereka kepada Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) minggu lepas.
"Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, kira-kira 20 orang kumpulan pelajar tingkatan empat itu datang ke katil saya serta menarik saya ke satu sudut bilik asrama dan saya ditumbuk di bahagian perut sebanyak dua kali selain ditendang di rahang kanan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini, Isnin.
Beliau berkata, dua pelajar tingkatan lima kemudiannya menyuraikan keadaan dan Arif mendakwa dia diserang lagi buat kali kedua dengan lebih teruk pada pukul 2.30 pagi.
"Masa itu hanya lima pelajar yang datang ke katil saya dan saya ditumbuk di bahu kiri, perut selain kepala dihentak ke dinding," katanya yang dilantik sebagai anggota LDP Jun lepas.
Arif mendakwa seorang daripada pelajar itu kemudian mengeluarkan serpihan cermin tingkap yang pecah dan berkata "kalau orang lain tak dak di sini dah lama aku bunuh hang".
Beliau yang trauma dengan kejadian itu kini berulang alik dari rumah ke sekolah dan belum membuat keputusan untuk bertukar sekolah.
Bapa pelajar itu berkata ketika ke MRSM itu awal pagi semalam, beliau mendapati baju anaknya koyak rabak selain kepalanya mempunyai kesan bengkak serta lebam.
Arif menerima rawatan di Hospital Balik Pulau sebagai pesakit luar, katanya sambil memberitahu satu laporan telah dibuat di Balai Polis Balik Pulau pagi Ahad.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Mohd Hatta Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. - BERNAMA
*** Yang dapat masuk ke MRSM tu bukan calang-calang pelajar. Kalau keputusan UPSR atau PMR hanya setakat cukup makan atau bukan semua A, jangan mimpi lah nak jejakkan kaki ke situ.... Tapi malang... mereka pandai tapi perangai cam gampang.... ITULAH NAMANYA ILMU TAK BERKAT...tak caya, tanyalah ustaz!!!
Gambar hiasan - kejadian buli di sebuah asrama yang pernah dilaporkan sebelum ini.
3 comments:
Dorang ni pandai tp tiada sahsiah yg baik. Seharusnya pihak maktab mengambil tindakan yg tegas wlpn ini adalah kali pertama mereka melakukan perkara mcm tu.
jangan terkejut...mana-mana asrama pun lagu tu..malah pusat tanfiz pun ada juga tukang pukul bukan hanya sama pelajar malah ustaz sendiri menumbuk pelajar bukan hanya dengan tangan tetapi kepala lutut....bila nak report....pengetua kata sapa banyakj komen boleh keluaq....dunia makin tak selamat....tapi gtamabar yang ditunjuk tu bukan budak mrsm kot pasai uniform lain....
Gambar tu memang bukan budak MRSM...
Biasanya jika berlaku hal2 mcm ni, pihak pengurusan sesuatu sekolah mmg melarang ianya diperbesarkan apatah lagi utk report pd polis... tak tahu kenapa, tp mungkin juga utk 'jaga nama baik' sekolah atau pengetua...
Post a Comment