Monday 28 October 2013

DATO' RAHIM RAZALI DI ICU SUNWAY MEDICAL CENTRE



KUALA LUMPUR : Pengarah, pelakon filem dan pengulas sukan terkenal, Dato’ Rahim Razali telah dikejarkan ke Sunway Medical Centre hari ini.

Pengarah filem Abang itu dikatakan mengalami kesakitan sewaktu menjalani penggambaran sebuah drama di Kuantan.

Rahim dibawa ke sini untuk rawatan dan menurut sumber beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan diletakkan di bawah pengawasan pihak hospital serta berada dalam keadaan stabil.


UPDATE :

KUALA LUMPUR : Pelakon, pengarah dan pengulas sukan tersohor, Datuk Rahim Razali yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Sunway pada Ahad akibat pendarahan dalam otak dilaporkan semakin stabil.

Doktor mengesahkan pembuluh darah di bahagian kepala seniman disegani ramai itu pecah dan perlu menjalani rawatan pembedahan dengan segera.

Sumber dari Astro Arena memberitahu, Rahim dijadualkan menjalani pembedahan akibat penyakit berkenaan pada Rabu atau Khamis ini.

Media melaporkan, Rahim mengadu sakit kepala kepada anaknya sejak seminggu lalu tetapi tidak berkesempatan untuk menjalani pemeriksaan doktor kerana kesibukannya di lokasi penggambaran.

Bagaimanapun pada petang Ahad,Pengarah filem Abangitu dikatakan mengalami kesakitan sewaktu menjalani penggambaran sebuah drama di Kuantan dan dibawakan ke Pusat Perubatan Sunway.

Difahamkan Rahim sudah dipindahkan ke wad biasa pada Isnin. AstroAwani


No comments: