Pernah dengar mengenai Mimaland - sebuah taman tema/rekreasi yang sangat popular suatu waktu dahulu..? Jangan terkejut jika ianya pernah ujud tidak jauh dari tempat tinggal anda... Kalaulah taman ini masih ujud lagi sehingga sekarang.....................
Bagi yang lahir pada tahun 80-an mungkin mengingati sebuah taman rekreasi yang cukup popular suatu ketika dahulu. Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an ini dikenali sebagai Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.
Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang.Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah‘ yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.
Tiket murah giler...
Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba.
Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.
Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994....
Kini semuanya tinggal kenangan... bagi yang pernah berkunjung ke sini, pastinya memori indah telah terpahat hingga sekarang... Walau bagaimanapun, kesan peninggalan Mimaland masih kelihatan sehingga kini.....
Usang.....tapi dahulu.... inilah pintu masuk ke taman tema...
Basikal air....
Van yang digunakan oleh pihak pengurusan...
Keadaan dalam pejabat...
Dinding yang menjadi 'kanvas' pelukis tidak dikenali......
Pondok menunggu bas masih kelihatan elok... Dahulunya tempat ini sesak dengan orang ramai yang menunggu bas...
Jalan ke Mimaland ini dahulunya sibuk, sekarang sunyi sepi dan menyeramkan....
Masih ingin menggamit kenangan dan meneruskan hasrat untuk berkunjung ke sini...? Begini caranya.....
Ada berani..???? Tapi sebelum tu......Lihat komen-komen dari sumber asal.... DI SINI
Tapi map di atas ni.... map masa Mimaland masih beroperasi... setelah 20 tahun, pastinya keadaan jalan tu dah banyak berubah dan bersimpang-siur.... bas Len Seng tu pun rasanya dah arwah dah..... so, pandai-pandai lah....
Ada berani..???? Tapi sebelum tu......Lihat komen-komen dari sumber asal.... DI SINI
No comments:
Post a Comment