Dua calon ahli Majlis Tertinggi (MT) bagi penggal 2013-2016, Tun Faisal Ismail Aziz dan Prof. Datuk Dr. Zainul Fitri Othman disahkan tidak layak bertanding bagi jawatan tersebut pada pemilihan UMNO Oktober depan.
Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh yang mengesahkan perkara itu memberitahu, faktor tidak pernah menjadi ahli jawatankuasa (AJK) Bahagian merupakan perkara asas yang menghilangkan kelayakan kedua-dua ahli parti itu untuk bertanding.
“Mereka (Tun Faisal dan Zainul Fitri) hilang kelayakan untuk bertanding MT kerana tidak pernah menjadi AJK Bahagian iaitu yang merupakan syarat asas untuk menjadi calon MT.
“Perkara asas itu tidak dapat dipertimbangkan lagi oleh pihak jawatankuasa. Mereka berdua tidak boleh bertanding,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.
Semalam, Jawatankuasa Pemilihan UMNO mengumumkan senarai calon MT yang disahkan bertanding pada pemilihan Oktober nanti adalah sejumlah 64 orang.
Bagaimanapun dua nama daripada jumlah itu tidak disenaraikan, iaitu Faisal calon bagi nombor 60 dan Zainul nombor 11.
No comments:
Post a Comment