Thursday 26 September 2013

MUKHRIZ MAHATHIR ARAH DOKTOR SUNTIK RACUN KETIKA ALLAHYARHAM USTAZ AZIZAN KOMA...???


Kali ini, calon Naib Presiden UMNO pulak yang jadi mangsanya..... 
Lihat print-screen di bawah :



Sama ada puak pencacai PR yang terlalu taksub dengan pemimpin mereka ataupun ada pihak yang kurang senang dengan kewibawaan Mukhriz untuk duduk di kerusi Naib Presiden.... tapi yang pastinya dalam beberapa jam sahaja lagi TEORI MUKHRIZ BUNUH AZIZAN akan menjadi viral dan pelbagai bentuk saksi akan muncul!!! 
Tunggu dan lihat saja nanti....!!!


Untuk pengetahuan puak-puak yang kreatif mereka cipta FITNAH.... ini jawapan dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) :

Timbalan Pengarah Perubatan 1 Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Dr. Nor Zaini Morad berkata, melalui diagnosis yang dijalankan kematian Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak berpunca daripada kegagalan organ dalaman yang pelbagai dan jangkitan kuman dalam darah. 
''Allahyarham mula kritikal sejak awal pagi semalam setelah jantung terhenti kira-kira pukul 3 pagi semalam. 
''Selepas itu Allahyarham diberikan rawatan intensif dan antara organ yang gagal berfungsi ialah buah pinggang, organ mata, lemah saraf dan keadaan peredaran darah yang lemah di bahagian kaki. 
Menurutnya, selain itu, Allahyarham juga menghidap komplikasi akibat penyakit diabetis.

Antara pemimpin negara yang turut menyaksikan pengkebumian Allahyarham Ustaz Azizan...

Allahyarham Tan Sri Azizan Abd. Razak telah selamat dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, bersebelahan pusara Ustaz Fadzil Noor, petang tadi.... 

Al-Fatihah...

No comments: