Thursday 26 September 2013

ANWAR BELANJA HAMPIR SEJUTA BAYAR 2 KES MAHKAMAH

AIDCNews – Bekas pembantu kepada pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay mendedahkan sekurang-kurangnya RM 940,000 dibelanjakan oleh pihak Ketua Umum PKR untuk membiayai dua kes mahkamah.

Kes pertama, kata Yuktes membabitkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana dalam kes tersebut Anwar kalah di semua peringkat, Mahkamah Tinggi, Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah turut mengarahkan Anwar membayar kepada Dr Mahathir sebanyak RM 190, 000.
Pada 26 Januari 2006, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Dr Mahathir berkaitan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menuduh Anwar sebagai seorang pengamal homoseks (gay) selepas program “Human Rights and Globalisation” anjuran SUHAKAM pada 9 September 2005.
Dalam kes kedua pula, Yuktes menambah, Anwar terpaksa membayar sejumlah wang tertentu kepada pakar-pakar luar negara dalam kes liwat kedua.
1. Dr. Brian Leslie McDonald (Australia) – RM 300,000
2. Dr. David Lawrence Noel Wells (Australia) – RM 300,000
3. Dr Thomas Hoogland (Jerman) – RM 50,000
4. Lain-lain kos untuk media antarabangsa – RM 100,000
“Ini setakat untuk dua kes saja, persoalannya dari mana Anwar mendapat duit sebanyak itu untuk membiayai kos-kos pengurusan peribadinya di mahkamah,” soal Yuktes.

No comments: