Wednesday 18 September 2013

AKHIRNYA.....SELEPAS 60 HARI KEMATIAN, JENAZAH ANAK AKAN DIKEBUMIKAN....


IPOH : Genap 60 hari, jenazah mangsa yang dikatakan mati tersepit di tingkap pada 20 Julai lalu akhirnya dituntut bapanya di Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pagi tadi.

Jenazah Shaerol Aizam, 27, dituntut kira-kira jam 11 pagi, akan disembahyangkan di Masjid Muhibuddin Shah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap, Jalan Kuala Kangsar. 


Bapa mangsa, Mohd Damanhuri Mohd Fuat, 50, berkata, keputusan dibuat selepas berbuat perbincangan dengan doktor pakar patalogi HRPB, peguam dan doktor peribadinya. BH

No comments: