Pemain besnya, Nasir Daud berkata, ahli-ahli Search tidak pernah mengabaikan Yazid tetapi keadaan yang menyebabkan mereka terlewat melawatnya di hospital.
"Sebenarnya dia sudah memberitahu saya yang dia dimasukkan ke wad di sebuah hospital di Johor pada minggu lalu. Tetapi masa itu kami tak sempat nak melawat, maklumlah masing-masing tengah sibuk dengan urusan keluarga dan Hari Raya. Saya pula berada di Mersing (Johor).
"Kemudian semalam (Rabu), saya hubunginya untuk melawat, dia pula kata sudah berada di HKL (Hospital Kuala Lumpur). Dan kami ada berborak bercerita tentang hal-hal kerja. Dia tak ada pula bercakap tentang rasa kecewanya itu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Nasir diminta mengulas luahan Yazid dalam sebuah akhbar pada Khamis yang kecewa apabila ahli-ahli Search tidak melawatnya yang sedang dirawat di HKL akibat menderita sakit buah pinggang.
Yazid yang kini menerima rawatan di Institut Nefrologi dan Urologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak 11 Ogos lalu dan sedang menantikan penderma buah pinggang yang sesuai.
“Dua-dua buah pinggang saya dah rosak. Sekarang ni saya kena menjalani rawatan dan sedang menunggu penderma buah pinggang yang sesuai. Kalau ada, saya mungkin akan segera jalani pembedahan”
Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Yazid luahkan perasaan kecewa beliau kerana tiada seorang pun ahli kumpulan Search yang datang melawatnya sejak di’masukkan ke hospital.
“Ketika saya bertenaga, khidmat saya diperlukan tetapi apabila sakit, saya seperti dibuang ke tepi longkang,” luah hati Yazid yang turut berkata keadaan’nya ketika ini semakin kronik.
“Ketika masuk ke hospital, saya ada menghubungi mereka memaklumkan keadaan saya, tetapi masing-masing menyatakan mereka sibuk dengan pelbagai aktiviti. Masalah peribadi mereka tiada kesudahan”
Yazid juga menyatakan yang beliau tidak berkesempatan bertemu dengan anggota Search sejak Ramadan lalu kerana tahap kesihatannya yang memerlukan beliau untuk banyak berehat di rumah.rotikaya
No comments:
Post a Comment